Bikesrepublic

Minyak Sintetik Shell dengan teknologi PurePlus – hasil 40 tahun penyelidikan

Shell-PurePlus-Tech-003

Teknologi penghasilan minyak sintetik menggunakan gas asli dan menukarkannya kepada cecair adalah teknologi terbaru Shell dengan nama PurePlus. Walaupun teknologi ini dikatakan baru, proses penghasilannya telah menjalani penyelidikan bermula pada 1973 di Amsterdam dengan hanya penghasilan beberapa gram per hari. Melangkah ke 2012, Shell telah berjaya menghasilkan 140,000 bbl per hari.

Shell-PurePlus-Tech-004

Proses penghasilan minyak sintetik PurePlus bermula dari gas asli dan melalui beberapa proses kimia yang kompleks yang menggunakan sintesis Fischer-Tropsch yang telah diubahsuai. Akhirnya, minyak asas (base oil) yang sejernih kristal dihasilkan dengan hampir tiada bendasing yang biasanya ada pada minyak mentah (crude oil).

Shell-PurePlus-Tech-005

Apa yang bagusnya mengenai Shell PurePlus ini?

Paling mudah untuk difahami adalah dengan video penerangan dari Pennzoil (anak syarikat Shell):

 

Shell-PurePlus-Tech-002

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan di Thailand, gegelang piston pada enjin yang diuji didapati lebih bersih tanpa kotoran.

Shell-PurePlus-Tech-001

Shell Advance Ultra juga memberikan lebih perlindungan kepada sistem transmisi motosikal dengan mengurangkan calar atau kakisan pada permukaan gear (gear pitting).

Harga Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus adalah RM68.50 dan boleh didapati di stesen minyak Shell.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan