Bikesrepublic

Berita Terkini

Tidak dapat dinafikan bahawa BMW S 1000 RR adalah kejayaan besar di kalangan peminat motosikal Malaysia. Justeru itu kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menganjurkan BMW S1K Mega Gathering 2024 yang berlangsung pada 10 Ogos 2024.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, edisi terbaru ini menyaksikan pemilik menunggang motosikal mereka Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Lebih 430 peserta menyertai acara tersebut.

Daripada siaran media:

Kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menyemarakkan semangat peminat motosikal dengan membawa kembali acara BMW S1K Mega Gathering yang sangat dinanti-nantikan, diadakan pada 10 Ogos 2024, dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Berlangsung dengan meriah di Le Chavelier Ballroom, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, acara ini menghimpunkan lebih 430 peserta, termasuk penunggang model ikonik BMW S 1000 RR, BMW M 1000 RR, BMW S 1000 R, BMW M 1000 R dan BMW HP4, bersama rakan niaga, pengedar dan penaja yang dihormati.

Acara BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan satu hari yang penuh dengan keseronokan bermotosikal, dan turut menampilkan sesi tunggang uji eksklusif model elektrik canggih BMW Motorrad iaitu BMW CE 02 dan BMW CE 04. Acara tersebut bukan sahaja bertujuan memperlihatkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap prestasi dan inovasi dalam segmen motosikal premium, malah menawarkan peluang unik buat peserta untuk merasai masa hadapan mobiliti bandar.

Acara dimulakan dengan mesej video oleh Toprak Razgatlıoğlu, juara dunia pelumba motosikal dari Turki yang juga pelumba baharu BMW Group untuk Kejohanan Superbike Dunia. Beliau mencipta sejarah dengan merekodkan 13 kemenangan perlumbaan Superbike Dunia berturut-turut – rekod pertama dalam sejarah kejohanan – menggunakan BMW M 1000 RR. Selain itu, acara kemuncak BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan penampilan istimewa Azlan Shah bin Kamaruzaman, pelumba motosikal Grand Prix profesional Malaysia yang terkenal dan kini bertanding dalam kelas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia menggunakan BMW S 1000 RR.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW S1K Mega Gathering 2024 menekankan komitmen kami untuk Make Life A Ride, di samping memupuk komuniti motosikal yang sungguh bersemangat. Perhimpunan ini bukan sahaja mengenai keakraban serta minat bersama terhadap keterujaan di jalan raya dan litar lumba, tetapi juga meraikan warisan luar biasa motosikal lasak premium kami. Pada masa yang sama, kami juga mengambil peluang ini untuk menonjolkan semangat perintis model elektrik kami, membawa semangat pengembaraan ke masa hadapan.

Mark Webber, bekas pemandu Formula 1, kereta sport, dan endurance telah menunggang motosikal pada kali pertama di trek dan pengalaman itu membuatkannya kagum. Beliau seterusnya mengatakan bahawa “tidak mungkin untuk pelumba empat roda berlumba dalam kategori dua roda.”

Beliau yang juga merupakan pemenang perlumbaan Formula 1 sembilan kali, telah menunggang Yamaha YZF-R1 bersama pemenang Isle of Man TT sebanyak 23 kali, John McGuiness yang menunggang Honda CBR1000RR-R Fireblade mendahului MotoGP British di litar Silverstone. Walau bagaimanapun, R1 itu kelihatan seperti GYTR Pata Yamaha yang telah disediakan untuk berluma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Webber (@aussiegrit)

Webber sudah cukup mengenali litar itu kerana pernah berlumba di sana berkali-kali dan memenangi dua perlumbaan Formula 1 di sana.

Bercakap tentang pengalamannya di Silverstone, dia berkata: “Ia adalah kali pertama saya (di trek dengan motosikal)! Berbeza sama sekali. Bagi kami pelumba empat roda, kami tidak mungkin berlumba dengan dua roda.

“Ia amat memerlukan kecekapan, sangat berbeza. Set kemahiran yang anda perlukan mestilah bermula dari usia muda untuk membuat peralihan itu. Nampaknya lebih mudah untuk pelumba dua roda, mereka mungkin lebih berbakat daripada kita untuk menaiki empat roda.

“Tetapi untuk melihat dia (McGuiness) membawa anda berkeliling dan melihat trek – saya fikir, secara optik ia adalah litar rata dan ia pernah digunakan dalam peperangan sebagai medan udara, tetapi dari segi optik dan rujukan anda ia adalah tempat yang rumit tetapi ia adalah laju dan lancar. Ia adalah hari yang menyeronokkan.”

Webber bukanlah pelumba kereta berprofil tinggi pertama yang mencuba motosikal. Pemandu F1 lain yang berbuat demikian termasuk Fernando Alonso (di Motegi) dan Lewis Hamilton (di Valencia). Hamilton menunggang bersama Valentino Rossi. Rossi, sebaliknya, telah pergi ke perlumbaan kereta selepas bersara dari MotoGP.

Tetapi mungkin pemandu F1 yang paling terkenal untuk berlumba dengan dua roda ialah juara tujuh kali Michael Schumacher. Dia telah mendapat beberapa kejayaan semasa berlumba dalam siri superbike Jerman.

Tahukah anda Ducati pernah membina enjin untuk kereta perlumbaan Formula One?

Nama “Ducati” tidak menimbulkan sebarang kekaburan tentang apa yang mereka bina. Mereka telah mendominasi litar lumba selama bertahun-tahun sekarang dan prestasi semasa mereka dalam MotoGP menyebabkan sesetengah pengkritik mengejek siri perlumbaan itu sebagai “Piala Ducati.” Pengilang Itali itu sangat berbangga dengan pencapaian mereka sehingga Ketua Pegawai Eksekutif Claudio Domenicali menolak sebarang cadangan untuk membina moped dan skuter baru-baru ini.

Tetapi ya, mereka memang membina enjin Formula Satu.

Dekad itu

Ikon Itali itu menemui takdir mereka untuk membina motosikal hanya selepas Perang Dunia Kedua. Mereka menghasilkan radio, bahagian radio dan juga peluru meriam sebelum itu.

Tetapi era selepas perang adalah sukar bagi banyak syarikat di negara-negara selain daripada yang di bumi Amerika. Kilang Ducati telah dibom sehingga hancur pada tahun 1944. Apa yang Ducati ada hanya enjin Cucuiolo yang direka oleh Aldo Farinelli. Jadi, Ducati terpaksa mencari dana dengan mencuba hampir semua perkara.

Industri kereta mula berkembang pesat di Itali selepas perang, jadi Ducati memperkenalkan prototaip kereta mereka yang dipanggil DU4 pada tahun 1946. Ia gagal dan meyingkirkan pembuat itu keluar dari perniagaan automotif untuk 14 tahun akan datang.

Pertukaran peraturan Formula One

Pada tahun 1960, kematian tiga pemandu terkemuka menjadi pendorong kepada penganjur Formula One untuk memaksa pengeluar mengecilkan saiz enjin mereka daripada 2500cc kepada 1500cc, bagi mengekang kelajuan kereta mereka. Perubahan ini menarik minat jurutera Ducati legenda Fabio Taglioni. Dia meneruskan hasrat untuk membina sebuah enjin yang dia fikir mungkin akan berfungsi dengan baik dalam Formula Satu.

Dia tampil dengan V8 1500cc yang menampilkan penggerak injap desmodromik (apa lagi). Ia menghasilkan 170 hp, yang merupakan sesuatu yang amat besar ketika itu.

Pada masa yang sama, pasukan Formula One OSCA-Maserati sedang mencari enjin baharu. Tetapi mereka telah kehilangan begitu banyak wang sehingga mereka tidak mampu membeli enjin F1 Ducati. Selain itu, pasukan lain telah pun mempunyai pembekal enjin mereka dan tiada tempat untuk Ducati.

Oleh itu, enjin Ducati F1 tidak pernah dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Ia mungkin telah akan hilang dalam sejarah jika bukan kerana pencapaian mereka dalam dunia motosikal kini.

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. menyokong DEL Racing dan WR Performance untuk membentuk pasukan Yamaha bagi menyahut cabaran rali Rimba Raid 2024.

Pasukan itu yang diuruskan oleh Dato’ Eric Loo, akan menurunkan Muhamad Fareez dan Alan Ng sebagai penunggang. Mereka akan menggunakan jentera Yamaha T7 Ténéré yang telah membuktikan dirinya sebagai jentera yang mendominasi perlumbaan sejak dua tahun lalu. Bagi WR Performance pula, mereka akan memberikan sokongan teknikal dan tayar Motoz kepada pasukan.

Ia menandakan penglibatan rasmi yang sulung bagi Hong Leong Yamaha dalam Rimba Raid. Yamaha T7 Ténéré meletakkan penyertaan mereka dalam Kelas B untuk motosikal berbilang silinder antara 250cc hingga 999cc. Kerjasama dengan DEL Racing dan WR Performance ini akan diteruskan untuk Rimba Raid 2025.

Rimba Raid 2024 akan berlangsung dari 25-29 September di Lenggong, Perak, berpindah dari wilayah biasa mereka di Pahang.

Maaf jika tajuk di atas mengerikan tetapi itulah realitinya yang jika kita tidak menghormati risiko bermotosikal dan mengambil pendekatan mudah.

Sebaliknya, kita boleh mengurangkan beberapa risiko ini. Kita mendapat masalah kerana kita memilih untuk mengabaikan risiko-risiko tersebut. Sesuatu kesilapan yang berlaku jika membawa kereta boleh dimaafkan, tetapi kesilapan kecil di atas motosikal akan menjaminkan kecederaan.

Jadi inilah kesilapan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

1. Menunggang jenis motosikal yang tidak sesuai

Membeli Kawasaki H2 atau apa-apa motosikal dengan 200hp serta-merta selepas mendapat lesen anda adalah resipi untuk bencana. Sentiasa mulakan dengan motosikal yang boleh diurus seperti 250cc atau tidak lebih daripada 500cc dan ‘upgrade’ secara beransur-ansur.

Walaupun begitu, cubalah cari cara untuk meningkatkan kemahiran tunggangan anda (dengan membaca lebih banyak artikel).

2. Menunggang melepasi tahap kemahiran

Ini adalah kesilapan yang boleh dilakukan oleh mana-mana penunggang, tidak kira yang baharu atau berpengalaman. Penunggang baru biasanya agak berhati-hati kerana mereka masih membiasakan diri untuk menunggang. Walaubagaimanapun, selepas enam bulan hingga setahun, anda mungkin berfikir untuk menunggang dengan lebih laju.

Jika anda mendapati diri anda sering melampaui kelajuan ketika memasukki selekoh atau panik apabila menghadapi sesuatu situasi yang mencabar, ini bermakna anda perlu meningkatkan kemahiran menunggang anda.

3. Menunggang seperti di atas litar

Ini boleh berlaku khususnya di jalan kegemaran anda, kerana anda fikir ia selamat untuk memulas pendikit dengan lebih banyak lagi setiap kali. Anda tidak sepatutnya mencari had anda dan motosikal anda di mana-mana di luar trek perlumbaan.

Ini kerana litar tidak mempunyai sebarang trafik dan situasi bahaya seperti di atas jalan. Jika anda ingin menunggang seperti anda berada di trek, pergilah ke ‘trackday.’

4. Tidak memikirkan akibat tindakan anda

Terlalu ramai penunggang kelihatan mementingkan diri sendiri dan melakukan perkara seperti melanggar lampu merah dan menunggang melawan lalu lintas. Kami belum mula menyebut mengenai menunggang secara sembarangan atau tanpa mengambil kira keselamatan diri dan orang lain.

Penunggang yang baik akan memikirkan apa yang akan berlaku jika dia melakukan ini atau itu. Ia mungkin terdengar tidak menyeronokkan tetapi sekali lagi, apa gunanya jika anda tercedera?

Dan berhenti mendengar ego anda bahawa anda sudah menjadi penunggang yang baik, atau lebih teruk, lebih baik daripada yang lain.

5. Terlalu memercayai pengguna jalan yang lain

Mari kita mulakan dengan mengatakan bahawa tidak ada pemandu yang waras yang bangun pada waktu pagi dan memutuskan untuk membahayakan penunggang motosikal dengan sengaja. Setiap pengguna jalan raya adalah manusia lain, sama seperti anda dan saya. Kita melakukan kesilapan, mereka melakukan kesilapan, jadi jangan ambil hati mengenai kesilapan mereka.

Dan oleh kerana semua orang melakukan kesilapan, jangan ambil mudah keselamatan anda sendiri.

Jangan sekali-kali berfikir bahawa kereta di hadapan tidak akan memangkah jalan anda, atau lori itu tidak akan keluar dari persimpangan. Jadi, sentiasa menunggang dengan perasaan bahawa orang lain boleh melalukan kesilapan, walaupun tiada orang yang waras mahukan sebarang masalah.

Statistik polis menunjukkan bahawa angka kematian akibat lumba haram meningkat dengan mendadak di daerah Sungai Buloh dalam tempon Januari hingga Ogos tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, “Setakat ini, sebanyak 11 penunggang motosikal dilaporkan maut akibat aktiviti berlumba dengan tujuh kertas siasatan dibuka berbanding tempoh sama tahun lalu dengan tiga penunggang motosikal maut dan tiga kertas siasatan dibuka.

Peningkatan ini amatlah membimbangkan. Justeru itu, ibu bapa atau penjaga haruslah peka dan cakna dalam mengawal kegiatan anak-anak masing-masing.

Khususnya anak-anak dibawah umur, terutama pada waktu malam agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti lumba haram yang boleh mengancam dan meragut nyawa mereka serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain.

Tegas beliau, penunggang motosikal di bawah umur dan penjaga boleh dituduh mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu bawah umur dan membenarkan orang lain yang tidak memiliki lesen memandu.

Jika disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Ibu bapa boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang menggariskan kesalahan membabitkan penganiayaan, pengabaian, dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata dalam isu lumba haram ini, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras kegiatan itu.

Beliau berkata demikian berhubung sebuah kes di mana dua orang budak berusia 13 tahun maut akibat bertembung ketika mereka membuat aksi “wheelie.” Kejadian berlaku di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong, Shah Alam, malam tadi.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube