Bikesrepublic

Panggilan Semula untuk Yamaha MT-09, Tracer 9 GT, Ténéré 700

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula beberapa model Yamaha iaitu MT-09, Tracer 9 GT, dan Ténéré 700.

Kempen panggilan semula ini telah pun disiarkan di dalam laman sesawang Hong Leong Yamaha Motor (HLYM). Kempen untuk MT-09 dan Tracer 9 GT telah disiarkan sejak 7 Julai 2025, manakala kempen untuk Ténéré 700 telah disiarkan sejak 29 April 2025.

JPJ selaku badan berkanun berkanun berkenaan pengangkutan membuat pengumuman tersebut demi keselamatan pemilik kenderaan serta akan memantau proses kempen-kempen ini.

Jumlah unit mengikut model yang terlibat
  • MT-09 (keluaran November 2021 hingga Februari 2025): 1,649.
  • Tracer 9 GT (keluaran November 2021 hingga Februari 2025): 1,369.
  • Ténéré 700 (keluaran 2023 hingga 2024): 149.

Bagi model-model MT-09 dan Tracer 9 GT, didapati Penderia Posisi Pendikit (Throttle Position Sensor/TPS) mereka tidak berfungsi dengan baik. Kedua-dua model ini berkongsi enjin CP3 yang sama, dan oleh demikian mempunyai masalah yang sama. Pusat servis di ibu pejabat HLYM dan pengedar-pengedar Yamaha Big Bike yang sah akan menukar TPS dan memprogram semula unit kawalan enjin (engine control unit/ECU) .

Berkenaan Ténéré 700 pula, terdapat masalah operasi klac.

HYLB turut menyiarkan nombor-nombor frem (nombor casis) bagi unit-unit yang terkesan. Mereka juga akan menghantar notis kepada pemilik-pemilik yang terlibat dan menyarankan agar pemilik-pemilik ini membuat temujanji untuk pembaikan sama ada di pusat servis ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh atau di wakil-wakil penjual Yamaha Big Bike yang berdekatan.

Yamaha MT-09

PMYRN7510M0000011 – M0000019

PMYRN7510M0000101 – M0000200

PMYRN7510N0000201 – N0000940

PMYRN7510P0000941 – P0001500

PMYRN7510R0001501 – R0001620

PMYRN9310R0001001 – R0001060

PMYRN9310S0001061 – S0001120

Yamaha Tracer 9 GT

PMYRN7610M0000011 – M0000019

PMYRN7610M0000101 – M0000160

PMYRN7610N0000161 – N0000760

PMYRN7610P0000761 – P0001160

PMYRN7610R0001161 – R0001400

PMYRN7610S0001401 – S0001460

Yamaha Ténéré 700

PMYDM1410P0000101 – P0000109

PMYDM1410R0001001 – R0001140

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan