Bikesrepublic

Motosikal Petrol Diharamkan di Hanoi Mulai Julai 2026

Kerajaan Vietnam akan mengharamkan penggunaan motosikal dan skuter berkuasa petrol di kawasan pusat bandar Hanoi bermula 1 Julai 2026. Arahan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Pham Minh Chinh.

Langkah ini merupakan usaha mengurangkan pencemaran udara yang semakin teruk di bandar itu. Hanoi sering tersenarai antara bandar paling tercemar di dunia. Selain udara yang kotor, sungai-sungai di bandar ini juga dilaporkan tercemar melebihi paras selamat.

Walaubagaimanapun, larangan awal akan melibatkan kawasan dalam Lingkaran Jalan 1 (Ring Road 1) sahaja.

Perdana Menteri turut mengarahkan Jawatankuasa Rakyat Hanoi menyediakan pelan tindakan jelas untuk menghapuskan secara berperingkat motosikal berkuasa bahan api fosil menjelang pertengahan 2026.

Fasa pelaksanaan larangan
  • 1 Julai 2026: Larangan motosikal dan moped berkuasa petrol akan bermula di kawasan dalam Lingkaran Jalan 1 (iaitu pusat bandar utama).
  • 1 Januari 2028: Larangan akan diperluas ke kawasan dalam Lingkaran Jalan 1 dan 2, termasuk sekatan terhadap penggunaan kereta petrol milik persendirian.
  • Menjelang 2030: Kawasan larangan akan merangkumi Lingkaran Jalan 3 pula.
Persediaan untuk peralihan

Kerajaan Hanoi diarahkan untuk menyediakan pelan khas yang dinamakan Zon Pelepasan Rendah (LEZ) menjelang suku ketiga tahun 2025.

Kempen kesedaran juga akan dilancarkan bagi membantu orang ramai menyesuaikan diri dengan peraturan baharu ini.

Tumpuan kepada pengangkutan bersih

Pada akhir tahun 2024, Hanoi mencatatkan lebih 9.2 juta kenderaan, termasuk 6.9 juta motosikal dan 1.1 juta kereta yang berdaftar di bandar itu sendiri.

Di samping itu, kira-kira 1.2 juta kenderaan dari luar juga bergerak di Hanoi setiap hari.

Sebagai ganti kepada motosikal petrol, bandar ini akan memperluas penggunaan bas dan tren elektrik, serta membina stesen pengecas dan pusat penyelenggaraan untuk kenderaan tenaga bersih.

Langkah tambahan lain:
  • Caj pendaftaran dan parkir bagi kenderaan petrol akan dinaikkan di kawasan tengah bandar menjelang akhir 2025.
  • Plastik sekali guna akan diharamkan di restoran, hotel dan kedai makan dalam Lingkaran Jalan 1 mulai suku keempat 2025.
  • Kilang yang mencemarkan akan dipindahkan dari kawasan perumahan menjelang 2028.
  • Sungai dan saliran dalam bandar akan dibersihkan melalui pelan khas yang akan disiapkan menjelang suku ketiga 2025.
  • Loji rawatan sisa moden dan berteknologi tinggi akan dibina bagi mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan sampah.

Sumber: Vietnam Economic Times

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan