Bikesrepublic

Honda Dash 125 Tampil dengan Empat Warna Baharu untuk Menutup Tirai 2025

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) menutup tirai 2025 dengan penuh gaya dengan membawa nafas baharu pada barisan Honda Dash 125. Model kapchai popular ini kini tampil dengan empat warna baharu: Kelabu, Biru, Putih, dan Hijau, diserikan dengan rekaan jalur baharu yang membawa dua gaya dinamik: Modern Sporty dan Neo Sportivo, memberikan lebih banyak pilihan kepada penunggang untuk mengekspresikan identiti mereka.

Gaya Modern Sporty, yang menghiasi varian Kelabu, Biru, dan Putih, menampilkan grafik geometri berlapis yang menarik, sekaligus mengukuhkan imej Dash 125 yang lincah dan sporty. Sementara itu, varian Hijau tampil eksklusif dengan gaya Neo Sportivo, memberikan aura kemas dan garang melalui kemasan hijau pekat yang dipadankan dengan perincian kelabu gelap, jalur kelabu yang ringkas, serta logo sayap Honda di kedua-dua belah motor.

Kesemua empat warna baharu ini ditawarkan pada harga RM6,599.00 (harga Jualan yang disyorkan, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan yuran pendaftaran) dan boleh didapati di semua bilik pameran IMPIAN X bermula 17th Disember 2025.

Mengenai Honda Dash 125 
  • Honda Dash 125 dikuasakan oleh enjin 125cc yang telah dipertingkatkan prestasinya.
  • Ia turut diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan tahap penggunaan bahan api yang sangat menjimatkan iaitu 59 km bagi setiap liter.

  • Bukan sekadar prestasi, rekaan estetikanya juga diperkemas dengan visor, handle cover yang kemas, serta lampu hadapan LED untuk penglihatan yang lebih jelas.
  • Dari aspek keselamatan, brek cakera di bahagian hadapan dan belakang memastikan kuasa hentian yang lebih seimbang dan yakin.

  • Gabungan elemen ini menjadikan Dash 125 pilihan tepat buat mereka yang mementingkan gaya dan fungsi.

BSH menawarkan waranti pengilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu). Untuk ketenangan minda tambahan, anda juga boleh tinjau program waranti lanjutan  “Honda X-Tend” . Kunjungi cawangan IMPIAN X berhampiran anda atau layari https://boonsiewhonda.com.my/product/dash-125/ untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian bebas tol 1-800-88-3993.


Galeri foto

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan