Sudah tiba lagi musim Monsun Barat Daya untuk Malaysia, tetapi beberapa sistem ribut di luar jangkaan telah turut menjejaskan kawasan-kawasan yang biasanya tidak mengalami banjir teruk. Justeru, Boon Siew Honda telah melancarkan Kempen Honda Assist: Flood Program sebagai komitmen mereka untuk berdiri bersama rakyat Malaysia yang terjejas.
Sesebuah motosikal (selain motosikal lasak) yang telah terhenti atau dipandu di dalam air dalam perlu diperiksa oleh juruteknik bertauliah sebelum dikendalikan semula. Beberapa bahagian motosikal mungkin terjejas termasuk, tetapi tidak terhad kepada minyak enjin, palam pencucuh, brek, dan lain-lain. Oleh itu, Kempen Honda Assist: Flood Program direka khas untuk menangani isu ini.
Daripada siaran media Boon Siew Honda
Berikutan keadaan cuaca yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) berdiri teguh bersama komuniti yang terkesan dan komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya.
Selaras dengan komitemen prihatin BSH, syarikat itu memperkenalkan Honda Assist: Flood Campaign, satu inisiatif khas untuk membantu pemilik motosikal Honda memulihkan kenderaan mereka yang terjejas akibat banjir. Program ini berlangsung dari 8 Disember hingga 31 Disember 2025.
Tawaran Utama Program:
- Pemeriksaan motosikal komprehensif untuk semua model yang terjejas.
- Pakej Pemulihan Asas Banjir secara percuma untuk motosikal bawah 250cc, merangkumi:
- 1 botol minyak enjin Pro Honda;
- 1 unit palam pencucuh;
- 1 pasang pad brek atau brake shoe berserta seat set;
- 1 botol pencuci enjin Pro Honda.
- 20% Discount on all flood-affected spare parts for both small and big motorcycles.
Pemilik motosikal bawah 250cc boleh ke Honda Impian X yang mengambil bahagian,
manakala motosikal 250cc ke atas boleh kunjungi mana-mana Honda BigWing di seluruh
negara untuk pemeriksaan.
Pengguna perlu membawa salinan laporan polis atau surat pengesahan dari pegawai daerah untuk mengesahkan kawasan mereka terjajas akibat banjir sebagai dokumen sokongan dan membuat janji temu dengan pengedar untuk memudahkan proses pemeriksaan.
Program ini turut mendapat sokongan daripada PETRONAS, ThreeBond, Niterra Malaysia dan Denso.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: Home – Honda Motorcycle: Impian X or Home – Honda Big Bikes.
