Bikesrepublic

Berita Terkini

image

Honda Motorcycles Malaysia telah memuatnaik satu teaser untuk satu model baharunya. Terdapat perkataan RS dalam samar-samar gambar tersebut. Honda RS150?

CBR250RR-2016-large

Sekeping gambar yang dikatakan mungkin model terbaru Honda iaitu CBR250RR tertiris ke media-media sosial. Honda CBR250RR ini dikhabarkan akan menemui pengguna di Indonesia pada Ogos 2016 ini mengikut beberapa blog dari seberang.

Honda CBR250RR adalah model yang dibuat untuk menjadi pesaing kepada Kawasaki Ninja 250 dan Yamaha YZF-R25 yang mana prestasi menjadi taruhan kali ini. Ketiga-tiga model ini berada dalam kategori sports 250cc dengan enjin 2-silinder. Honda sebelum ini telah memperkenalkan model CBR250R dengan 1-silinder.

Terdapat 4 ciri-ciri utama yang memberikan kelebihan kepada Honda CBR250RR 2016 ini:
1. Throttle-by-Wire
Sistem ini tidak lagi menggunakan kabel untuk membuka dan menutup injap pada badan trotel (throttle body) tapi menggunakan sistem elektronik yang dikawal oleh ECU.  (more…)

 

20160529-Y15ZR-Shell-Advance-Ultra-004

Shell telah menjemput MotoMalaya.net untuk menguji varian terbaru minyak enjin motosikal iaitu Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus. Sebelum ini, saya telah menulis mengenai teknologi PurePlus sebagai maklumat tambahan.

Saya memilih minyak enjin Advance Ultra dengan gred 10W-40 untuk dimuatkan ke ruang enjin motor saya iaitu Yamaha Y15ZR. Sebagai panduan, Yamaha menyarankan penggunaan minyak dengan gred 20W-40 atau 20W-50. W merujuk kepada ‘Winter’, memandangkan Malaysia tidak ada musim sejuk atau keadaan dimana suhu boleh mencapai 0 darjah celcius, saya hanya melihat pada nombor yang kedua iaitu 40.  (more…)

image

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) bermula 1 Jun. Sekiranya anda mendaftar kenderaan baru bermula tarikh ini maka anda akan mendapat VOC ini.
Penggunaan VOC ini adalah untuk memudahkan urusan dengan pihak JPJ dimana maklumat urusniaga tidak lagi dicetak, tetapi disimpan dalam pengkalan data JPJ.  (more…)

image

Nota awal: Belum diketahui samada akan masuk Malaysia atau tidak. Harga belum diketahui

Benelli memperkenalkan satu model yang sangat menarik iaitu Benelli TnT 135 yang kompak berkuasa 135cc dalam kategori ‘compact street naked’. Model ini berada dalam kategori yang sama seperti Kawasaki Z125 atau KSR.
Rekaan TnT 135 nampak gagah dengan reraup yang agak tinggi dan mendedahkan rangka Trellis berwarna hitam. Ciri-ciri memberikan sedikit rasa Itali pada keseluruhan rekaannya walaupun diketahui bahawa sekarang syarikat dari China memiliki tanda nama Benelli.
Selain itu, lihat sahaja ekor ekzosnya yang mirip dengan gaya ekzos dari MV Agusta F3 cuma TnT 135 memiliki 2 peredam sahaja.  (more…)

Shell-PurePlus-Tech-003

Teknologi penghasilan minyak sintetik menggunakan gas asli dan menukarkannya kepada cecair adalah teknologi terbaru Shell dengan nama PurePlus. Walaupun teknologi ini dikatakan baru, proses penghasilannya telah menjalani penyelidikan bermula pada 1973 di Amsterdam dengan hanya penghasilan beberapa gram per hari. Melangkah ke 2012, Shell telah berjaya menghasilkan 140,000 bbl per hari. (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube