Bikesrepublic

Berita Terkini

Lagi berita Team Orange: KTM 990 Duke (2024) yang dinanti-nantikan telah tiba di Malaysia.

Nama “990 Duke” disanjung di kalangan peminat lama KTM, kerana ia adalah edisi sebelum ini yang menunjukkan kecenderungan KTM untuk membuat motosikal naked yang ganas, dan seterusnya membuka jalan untuk 1290 Super Duke.

Jadi, walaupun 990 Duke ini berkongsi beberapa asas banjaran Duke pertengahan, ia lebih dekat dengan bos besar 1390 Duke.

Ciri-ciri KTM 990 Duke (2024)
  • Ciri yang paling menarik perhatian ialah penggayaan baharu, sudah tentu, yang kami akui memecah belahkan pendapat.
  • Kelompok cahaya sebenarnya mempunyai fungsi tertentu: Lampu depan melaraskan tahap cahaya secara automatik kepada pencahayaan persekitaran, dan diapit oleh DRL.
  • Enjin LC8c selari-kembar sama seperti yang terdapat pada 790 Duke dan 890 Duke R.

 

  • Namun, LC8c 947cc Duke 990 menampilkan piston, rod penyambung dan aci engkol baharu, serta profil aci sesondol yang lebih agresif.
  • Digandingkan dengan sistem ekzos baharu, enjin itu menghasilkan 123 hp pada 9,500 RPM dan 103 Nm tork pada 6,750 RPM.
  • Kuasa itu dihantar melalui transmisi enam kelajuan dan klac PASC.

  • Enjin tersebut ditempatkan dalam kerangka trellis keluli utama baharu, manakala subframe adalah aluminium dan diikat kepada kerangka utam.
  • Suspensi apa lagi kalau bukan WP, memandangkan jenama itu dimiliki oleh KTM. Di hadapan ialah fork terbalik berdiameter WP Apex 43 mm dengan lima tahap pelarasan mampatan dan lantunan.
  • Di belakang ialah monoshock WP Apex Monotube dengan spring yang lebih ringan, 10 tahap prabeban, dan 5 tahap pelarasan redaman lantunan.

  • Sistem brek depan terdiri daripada dua cakera ringan 300mm, diservis oleh kaliper empat piston.
  • Brek belakang mempunyai kaliper dua piston dan cakera 240mm.
  • ABS penjuru adalah standard, dengan menggunakan sistem Bosch 9.3 MP.

  • Seperti biasa, pendikit ride-by-wire membolehkan bantuan tunggangan, seperti tiga mod kawalan cengkaman dan tiga mod tunggangan, manakala mod TRACK dan PRESTASI adalah pilihan.
  • Mod TRACK, seperti namanya membolehkan penunggang mengawal tahap bantuan penunggang, selain mengaktifkan kawalan pelancaran.
  • PERFORMANCE menambah kawalan pelayaran dan sambungan Bluetooth.
  • Terdapat skrin TFT-LCD 5-inci baharu.
  • KTM mendakwa motosikal itu seberat 179 kg basah, dengan 14.8 liter bahan api.

KTM 990 Duke (2024) dijual pada harga mulai RM 99,800.

 

KTM 250 Duke (2024) turut dilancarkan di Malaysia, bersama KTM 390 Duke (2024). Dan seperti abangnya 390 Duke yang lebih besar, Duke 250 juga melihatkan banyak kemas kini untuk menjadikannya hampir sebuah motosikal yang baharu sama sekali.

Ciri-ciri KTM 250 Duke (2024)
  • Bermula dengan enjinnya, ia tidak melihatkan peningkatan kapasiti kerana ia pun sudah berada di tahap 249cc, tidak seperti 390 Duke baharu.
  • Dimensi enjin kekal sama, seperti juga penghasilan kuasa maksimum 30.8 hp (23 kW) dan tork 25 Nm, walaupun ia mematuhi piawaian Euro 5.2.

  • Klacnya menggunakan sistem KTM’s PASC (Power Assist Slipper Clutch), yang telah dinaik taraf daripada klac slipper tanpa fungsi power assist.
  • Enjinya dipasang di dalam kerangka trellis keluli yang sinonim dengan KTM, dengan subframe (frem belakang) yang diikat kepadanya.

  • Suspensi depan menggunakan fork WP APEX big piston 43mm jenis terbalik tanpa ciri penyelarasan.
  • Monoshok belakang kini dipasang di sebelah kanan kerangka dan ia hanya boleh dilaras untuk prabeban.

  • Lengan ayun aluminium baharu yang melengkung bagi memasang monoshok itu, dan memanjangkan sedikit jarak roda belakang.
  • Brek depan menggunakan cakera 320mm tunggal, dengan kaliper brek empat piston.

  • Brek belakang menggunakan cakera 240mm dan kaliper 2-piston terapung.
  • Oleh kerana ia menggunakan subframe baharu, pelana-pelana motosikal ini direka semula agar ia lebih selesa, khususnya bagi pembonceng.

  • Pelana penunggang boleh diubah ketinggiannya samada 800mm atau 820mm.
  • Lampu depannya turut direkabentuk semula kepada seakan bentuk lampu depan 390 Duke, tetapi ia tidak mempunyai ciri DRL.

  • Semua lampu merupakan LED.
  • Rekabentuk KTM 250 Duke (2024) menggunakan elemen seperti semua model di dalam banjaran Duke seperti penutup sisi tangki dan panel di belakang.
  • Ciri-ciri elektronik termasuk skrin LCD 5-inci yang baharu dengan ciri pautan kepada telefon pintar.

KTM 250 Duke (2024) dijual pada harga bermula RM 22,500 dengan ciri Quickshifter+.

KTM 390 Duke (2024) telah dilancarkan di Malaysia. Ia menampilkan beberapa kemas kini terbesar sejak pelancaran awalnya pada tahun 2012. Malah, ia juga boleh dianggap sebagai sebuah motosikal serba baharu sama sekali.

Bermula daripada reka bentuknya, versi 2024 ini mempunyai persamaan kekeluargaan yang lebih dekat dengan sepupunya yang lebih besar, iaitu 890 Duke R, 990 Duke, dan 1390 Super Duke R. Kluster lampu hadapan baharu juga telah direka bentuk semula untuk memberikan motosikal itu rupa yang baharu. Penutup radiator mempunyai dengan spoiler, tetapi syukur, tiada sayap.

Ciri-ciri utama KTM 390 Duke (2024)
  • Enjin yang mematuhi piawaian Euro 5.2 menyaksikan peningkatan kapasiti kepada 398.7cc daripada 373cc. Dengan itu kepala silinder juga direka semula.
  • Bagaimanapun, tidak banyak peningkatan kuasa. Hanya naik ke 44.25 hp dan 39 Nm, daripada 44 hp dan 37 Nm daripada sebelumnya.

  • Apa yang dicari oleh KTM adalah untuk tidak kehilangan kuasa enjin kerana standard Euro 5.2 yang lebih ketat, justeru peningkatan kapasiti.
  • Kerangka terdiri daripada dua bahagian, dengan subframe belakang jenis aluminium dipasang berasingan kepada kerangka utama keluli.

  • Lengan ayun aluminium melengkung baharu memuatkan monoshock belakang.
  • Monoshock dipasang ke tepi sedikit dan membolehkan kotak udara yang lebih besar. Kotak udara yang lebih besar sepatutnya dapat melancarkan penghantaran kuasa enjin.

  • Monoshock belakang boleh laras untuk pramuat dan lantunan (akhirnya!).
  • Di depan ialah fork WP APEX Open Cartridge 43 mm dengan pelarasan 5 langkah untuk lantunan dan pemampatan.

  • Tugas brek dikendalikan oleh kaliper empat omboh tunggal yang mencengkam cakera 320mm di depan, dan cakera 240mm di belakang.
  • Cornering ABS adalah standard kini, dan seperti biasa, penunggang boleh bertukar kepada ABS Supermoto untuk menyahaktifkan ABS roda belakang.

  • Terdapat maklum balas daripada pasaran bahawa pelana Duke terlalu tinggi sedikit bagi penunggang Asia, jadi KTM 390 Duke (2024) mempunyai ciri pelana boleh laras untuk menetapkan ketinggian pada 800 mm atau 820 mm.
  • Terdapat skrin TFT-LCD 5-inci baharu juga. Mod TRACK menekankan paparan takometer, sambil turut memaparkan pemasa pusingan dan penunjuk posisi gear.
  • Mod tersebut akan mengaktifkan ciri kawalan pelancaran (sedap!).

  • Malangnya, semua perubahan ini telah menambah 16 kg pada motosikal, kini pada 165 kg berbanding 149 kg.
  • Terdapat dua pilihan warna: Electronic Orange, atau Atlantic Blue.

KTM 390 Duke (2024) dijual dari RM 35,800, dengan ciri Quickshifter+.

 

Sistem kotak gear automatik pada motosikal bukanlah perkara baru, terutamanya di kalangan motosikal berkapasiti kecil. Bagaimanapun, pengeluar mula melengkapkan motosikal mereka dengan sistem sedemikian sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru ialah BMW Automated Shift Assist.

Sistem BMW, bagaimanapun, mempunyai satu perbezaan utama berbanding sistem DCT daripada Honda. Walaupun sistem DCT mengetepikan tuil gear dan ditukar kepada butang pada bar hendal, sistem BMW mengekalkan tuil gear kaki. Satu-satunya persamaan ialah ketiadaan tuil klac.

Sistem ini menggunakan dua mod, ‘M’ dan ‘D’. Dalam mod M (manual), penunggang masih menggerakkan tuil gear dan memutuskan bila mereka mahu menukar gear motosikal sama ada ke atas atau ke bawah. Di dalam mod D (drive) pula, penukaran gear ke atas dan ke bawah berfungsi secara automatik dan dikawal oleh ECU kotak gear.

Pembuat Jerman itu berkata bahawa sistem itu adalah untuk “Memudahkan perjalanan anda”, dengan menggunakan klac automatik dan mekanisme penukaran gear, tanpa “mengorbankan cara penukaran gear yang penting secara emosi.”

Bagaimana ia berfungsi
  • Dua penggerak elektromekanikal mengautomasikan klac dan penukaran gear transmisi enam kelajuan, bermakna tuil klac tidak diperlukan.
  • Ia membolehkan anda memecut seperti skuter dengan hanya memutar pendikit.
  • Klac digerakkan secara automatik sebaik sahaja anda berhenti semula.
  • Permintaan pertukaran gear daripada penunggang dihantar ke unit kawalan melalui sensor tuil pertukaran gear.
  • Penderia tambahan mengukur putaran aci input penghantaran dan kedudukan klac.
  • Data ini disalurkan kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU), yang, bersama-sama dengan ECU motosikal bagi menentukan berapa banyak tekanan klac yang perlu digunakan untuk membolehkan penukaran gear berlaku.

BMW tidak mengumumkan model mana yang akan menerima ciri ASA, walaupun grafik menunjukkan enjin Boxer, dan gambar menunjukkan butang pada bar hendal GS. Walau bagaimanapun, ia menambah 2kg pada motosikal berbanding sistem konvensional justeru S 1000 RR dan M 1000 RR berkemungkinan besar masih mengekalkan transmisi tradisional (syukur!).

Jalan Sultan Ismail telah dijadikan laluan dua hala bermula dari 30 April 2024. Langkah itu diharapkan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Bukit Bintang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata perubahan itu bermula dari Jalan Raja Chulan sehingga ke Simpang Bukit Bintang. Katanya, seramai 20 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan ditempatkan di sepanjang laluan berkenaan bagi membantu melancarkan aliran trafik.

“Perubahan laluan ini sudah dilaksanakan sejak Rabu lalu (30 April) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di tengah ibu kota.

“Penempatan 20 anggota trafik di laluan ini bagi melicinkan lalu lintas kerana masih ramai pengguna tidak mengetahui perubahan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Azry berkata laluan itu akan digunakan sebagai jalan sehala pada waktu puncak bermula jam 6 sehingga 9 pagi yang akan dikawal pihaknya. Laluan satu hala itu akan bermula dari Jalan Kampung Pandan menghala Jalan Sultan Ismail dan laluan berkenaan akan kembali menjadi jalan dua hala selepas jam 9 pagi.

Menurut, bagi mengelak kekeliruan pihaknya akan meletakkan anggota JSTP di sepanjang lalun terbabit.

“Kita masih belum dapat (lihat hasil) sepenuhnya dan pemantauan masih dibuat oleh anggota trafik yang ditempatkan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

“Petugas akan memantau kelancaran laluan kenderaan yang lalu di sini, selain berusaha memberi pemahaman lebih pengguna jalan raya.

“Kita berharap pelaksanaan ini dapat mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di Bukit Bintang ini,” katanya.

Bajaj Pulsar NS400Z telah dilancarkan di India semalam, menjadikan barisan Pulsar setanding dengan Dominar. Ia berharga INR 185,000 (RM 10,520.43), iaitu INR 46,000 (RM 2,615.89) lebih murah daripada Dominar 400.

Ia kini akan bersaing dengan Bajaj Dominar 400, Triumph T-Series baharu bagi motosikal satu silinder 400cc, KTM 390 Duke, dan lain-lain walaupun tidak dalam julat harga yang sama.

Ciri-ciri Bajaj Pulsar NS400Z
  • Ciri yang paling menarik ialah penggayaan barunya yang agresif, walaupun bentuk keseluruhannya mengekalkan rupa Pulsar.
  • Bahagian hadapannya mengekalkan fairing segi tiga tetapi lampu hadapan kini menampilkan lampu projektor LED tengah, diapit dengan lampu nyalaan siang LED (DRL) berbentuk kilat.

  • Di bahagian belakang, lampu belakang LED gaya Pulsar dikekalkan.
  • Pembeli boleh memilih pilihan pelana dua bahagian.
  • Ia berkongsi enjin 373cc, satu silinder, sejukan cecair yang sama dengan Dominar 400.
  • Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 39.4 hp pada 8,800 RPM dan tork maksimum 35 Nm pada 6,500 RPM.
  • Transmisi 6-kelajuan termasuk klac slip and assist.
  • Fork depan jenis terbalik 43mm berwarna emas baharu.
  • Cakera brek depan bersaiz 320mm.
  • Tuil brek dan klac boleh laras 5 kedudukan.

  • Pendikit ride-by-wire (disambungkan kepada ECU, tidak seterusnya ke throttle body) membuka ruang untuk ciri kawalan cengkaman dan empat mod tunggangan iaitu Sport, Road, Rain, Off-Road.
  • ABS adalah standard.
  • Saiz tayar ialah 110/70-17 tayar di hadapan dan 140/70-R17 di belakang.
  • Ketinggian tempat duduk ialah 804mm yang boleh diakses.
  • Bajaj Pulsar NS400Z didatangkan dalam empat warna iaitu Glossy Racing Red, Pewter Grey, Metallic Pearl White, dan Brooklyn Black.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube