- Kawasaki Motors baru sahaja mengeluarkan sebuah video usikan pendek yang menampilkan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah motosikal moden klasik, Kawasaki Z900 RS.
- Video usikan pendek itu telah dimuat naik ke Youtube oleh Kawasaki Motors dan diakhiri dengan mesej “Unveiling of Kawasaki #TrueSpirit TOKYO, 25-10-2017”.
- Tarikh yang dinyatakan pada penghujung video berkenaan menunjukkan pengenalannya akan dibuat semasa Pertunjukan Motor Tokyo 2017 yang akan berlangsung Oktober ini.