- Pusingan WorldSBK yang berikutnya di Litar Laguna Seca yang ikonik akan menyaksikan Jake Gagne, pesaing dalam siri MotoAmerica berusia 24 tahun sebagai pengganti bagi mendiang Nicky Hayden.
- Gagne yang merupakan bekas juara Red Bull Rookies Cup dan AMA Superstock 1000 telah dipilih oleh Red Bull Honda World Superbike Team kerana pengalaman meluasnya dengan jentera Honda.
- Pusingan Geico Amerika Syarikat akan diadakan bermula dari 7 hingga 9 Julai 2017 di mana pasukan Red Bull Honda akan bersaing dengan kekuatan penuh bersama Gagne dan Stefan Brandl.