- Generasi terkini model Vespa Sprint 150 ABS telah dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan saudaranya, model Primavera 150 dan GTS 300 SuperSport.
- Model Vespa paling sporty ini didatangkan dengan enjin satu silinder i-Get 155cc terkini yang menawarkan prestasi dan tahap penggunaan bahanapi yang memuaskan.
- Di sini kami ingin menjawab persoalan sama ada model Sprint 150 ini benar-benar model yang lebih sporty atau hanya sekadar skuter dengan rupa bentuk yang moden dengan pelbagai perhiasan baharu.