- Pelumba jalanraya legenda, Guy Martin, telah mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelumba jalanraya antarabangsa berikutan kemunculan kembali ke arena perlumbaan jalanraya yang kurang memberangsangkan.
- Setelah kemunculan kembalinya yang tidak diduga ke perlumbaan jalanraya dengan menerima tawaran dari pasukan Honda Racing Team, segala usaha Guy Martin dan John McGuinness serba tidak menjadi.
- Apabila McGuinness terpaksa menarik diri dari perlumbaan Isle of Man TT berikutan kecederaan patah kakinya yang dialami selepas kemalangan ketika perlumbaan North West 200, Martin akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti dari perlumbaan jalanraya selepas cubaan yang tidak membuahkan hasil bersama Honda Racing Team.