- Hard Rock Cafe Pulau Pinang sedang mengadakan satu peraduan cabutan bertuah dinamakan “Rock N Ride” di mana hadiah utamanya merupakan sebuah motosikal Triumph Bonneville Bobber 2017 yang bernilai RM74,900!
- Dengan pembelian minima RM250 di Hard Rock Cafe Pulau Pinang, peserta layak untuk mendapatkan satu tiket dalam cabutan bertuah berkenaan.
- Peraduan “Rock N Ride” akan berakhir pada 14 Disember 2017 dan cabutan itu akan dilaksanakan pada 15 Disember 2017. Hadiah-hadiah lain termasuklah penginapan beberapa malam di Casa Del Mar Langkawi dan Hard Rock Hotel Pulau Pinang.