Bikesrepublic

Toyota Hilux

Seorang mekanik tercampak sejauh 20 meter apabila dirempuh sebuah trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Padang Layang, Jalan Salor – Pasir Mas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Mohamad Zulkifli Zakaria, 59, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada dan patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikalnya dari arah Tendong menghala Jalan Kedai Mulong sebelum berhenti di persimpangan itu ekoran lampu isyarat merah.

Menurutnya, apabila lampu isyarat bertukar hijau, Mohamad Zulkifli meneruskan perjalanannya ke depan.

“Pada masa yang sama, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu laju dari arah Kota Bharu menghala Pasir Mas telah melepasi lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Kutan Hulu, Tumpat tercampak sejauh kira-kira 20 meter dari motosikalnya ke kiri jalan menghala Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Rosdi, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Katanya, pemandu dan tiga penumpang Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu trak pikap yang melanggar lampu isyarat merah.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan kempen servis khas (SSC) untuk model Hilux dan Fortuner membabitkan pemeriksaan dan penggantian ‘brake booster’.

Menurut kenyataan rasmi UMWT, kempen ini membabitkan 12,997 unit – 11,571 unit Hilux dan 1,426 unit Fortuner – yang diedarkan UMWT dari Julai 2018 hingga Januari 2019.

Difahamkan, resin piston dalam brake booster tersebut boleh memberi kesan terhadap tahap efisien membrek kenderaan yang terlibat.

Pemilik yang terkesan akan dimaklumkan menerusi surat dan kos pemeriksaan dan pertukaran booster brek ini dijalankan tanpa sebarang caj (PERCUMA).

Untuk maklumat terperinci hubungi Pusat Servis Toyota berhampiran atau Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA.

Toyota bakal melancarkan Hilux serba baharu tidak lama lagi namun UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan senarai harga rasmi bagi model tersebut.

Lima varian Hilux akan ditawarkan untuk pasaran tempatan dengan model Double Cab 2.8 Rogue menjadi varian tertinggi.

Terdapat dua enjin turbo diesel ditawarkan – 2.8 dan 2.4L – di samping transmisi automatik dan manual.

UMWT turut menawarkan varian Single Cab – dengan hanya warna Solid White ditawarkan – yang sering menjadi pilihan bagi perniagaan berat.

Waranti 5 tahun atau 150,000km turut ditawarkan bagi kesemua varian.

Berikut senarai harga Toyota Hilux 2020:

Sementara itu, Toyota menawarkan tujuh pilihan warna yang merangkumi Bronze Mica Metallic, Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II.

Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini menerima tempahan bagi Toyota Hilux 2020.

Lima varian ditawarkan:

  • Double Cab 2.8 Rogue A/T
  • Double Cab 2.4E A/T
  • Double Cab 2.4 V A/T
  • Double 2.4 G
  • Single Cab 2.4

Orang ramai juga boleh memilih daripada tujuh warna pilihan yang terdiri daripada Bronze Mica Metallic (new colour), Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super Whte II namun varian Single Cab hanya boleh didapati dengan warna Solid White.

Sementara itu, enjin turbodiesel 1G-FTV 2.8L juga telah dinaiktaraf dan kini menghasilkan 204hp pada 3,400rpm (naik 27hp) dan 500Nm pada 1,600 dan 2,800rpm (naik 50Nm).

Bagaimanapun, menurut UMW meskipun terdapat kenaikan kuasa namun enjin ini menawarkan lebih penjimatan hasil daripada penggunaan 2-stage oil pump.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Auto Limited Slip Differential (LSD)
  • Traction Control System (TRC)
  • Toyota Safety Sense – Pre-Collision System, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert

Orang ramai boleh membuat tempahan di semua pengedar Toyota seluruh negara dengan harga bermula RM93,880 manakala mereka yang berminat dengan 2.8 Rogue dijangka akan ditawarkan sekitar RM148,880.

Layari toyota.com.my atau hubungi Toyota FREEPHONE 1-800-88-TOYOTA (869682).

  • UMW Toyota Motor Sdn Bhd sedang mengadakan satu pratonton mempamerkan SUV kompak terbaru mereka, Toyota C-HR pada hujung minggu ini (13 & 14 Mei 2017) di Pusat Konvensyen Setia City dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
  • Model C-HR ini merupakan model kedua yang dibangunkan dengan platform Toyota New Global Architecture (TNGA – Senibina Global Baru Toyota).

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube