- Seorang peladang berusia 73 tahun dari Australia telah mengalami kecederaan retak tulang tengkuknya di dalam satu kemalangan motosikal berhampiran ladang lembu ternakannya di Victoria berdekatan dengan Melbourne.
- Masih lagi dalam keadaan sedar namun mengetahui yang dia mengalami kecederaan serius pada bahagian tengkuknya, dia telah menunggang pulang ke rumah bagi mendapatkan bantuan dan pada masa yang sama, memegang rambutnya bagi memastikan kepalanya dalam keadaan tegak.
- Doktor mengesahkan yang dia telah mengalami keretakan pada tulang belakang C1 dan C2 tetapi dijangka akan pulih sepenuhnya selepas pembedahan.