- Suzuki Assemblers Malaysia akan menganjurkan satu sesi tunggang uji istimewa Suzuki pada hujung minggu ini pada 29 dan 30 Julai 2017 di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
- Bagi mereka yang berminat bole turut serta untuk menguji beberapa daripada model motosikal besar Suzuki yang terkini seperti GSX-R1000, GSX-R1000R, VStrom 650 ABS, SV 650 ABS, GSXS 750 ABS, GSXS1000F dan Burgman 400 ABS.
- Acara ini akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang pad hari Sabtu dan Ahad dengan beberapa jenama yang lain yang akan turut serta seperti Arai Helmet, Bike World, AutoBacks dan ramai lagi.