- Pengeluar casis dari Switzerland, Suter, telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kejohanan dunia Moto2 2018.
- Daripada 24 buah pasukan yang ada di atas grid, hanya satu sahaja yang akan menggunakan casis mereka untuk musim yang akan datang iaitu Dynavolt Intact Team.
- Suter akan berehat dari pertandingan bagi menumpukan perhatian pada pembinaan casis generasi yang berikutnya bagi disuaikan dengan pertukaran enjin 765cc Triumph yang baru yang bakal tiba pada tahun 2019.