- Zulfahmi Khairuddin telah memperkenalkan motosikal perlumbaan Moto2 Kalex terbarunya semalam di Litar Antarabangsa Sepang.
- Baru sahaja dipanggil bagi menunggang untuk pasukan SIC Racing Team, penunggang berusia 26 tahun itu tidak sabar untuk kembali berlumba dalam kategori kelas pertengahan paling berdaya saing di dalam dunia.
- SIC Racing Team telah bekerjasama dengan KBS Malaysia bagi menaja usaha Moto2 mereka untuk tahun 2018.