- Motosikal lumba Sarolea SP7 telah dipertimbangkan sebagai salah satu daripada calon yang berpotensi sebagai pembekal motosikal MotoGP elektrik 2019 bagi siri motosikal satu model elektrik pada tahun 2019.
- Wakil pengarahan perlumbaan MotoGP, Loris Capirossi, baru sahaja tamat menguji motosikal lumba elektrik Sarolea SP7 sebelum bermulanya pusingan MotoGP yang lalu di Motorland Aragon.
- Calon berpotensi yang lain termasuklah motosikal lumba elektrik Lightning LS-218 dan Shinden Roku milik Mugen yang telah memenangi perlumbaan jalan raya Isle of Man Zero sebanyak empat kali.