- Ducati dan Rizoma telah menjalinkan satu kerjasama bagi menghasilkan aksesori motosikal buatan khas khusus untuk motosikal Ducati yang diberi nama “Ducati by Rizoma”.
- Dua jenama gergasi dari Itali ini dikenali ramai kerana telah menghasilkan motosikal serta aksesori motosikal yang hebat.
- Beberapa sampel pertama “Ducati by Rizoma” akan diperkenalkan pada minggu hadapan sewaktu EICMA 2017 di Milan, Itali.