Bikesrepublic

Program Subsidi Petrol

Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) sehingga dimaklumkan kelak.

Keputusan itu disuarakan sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin menjelaskan bahawa keputusan mengenai perlaksanaan PSP pada 18 Disember lalu sebenarnya bertujuan untuk memberi persediaan kepada rakyat.

“Sesi penerangan dan penjelasan diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini.

“Ia termasuk memberi ruang untuk proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Merujuk kepada kenyataan dikeluarkan hari ini, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada.

 

Sebaik perlaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) berjalan Januari depan, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen memaklumkan bahawa harga RON95 akan naik 1 sen setiap minggu sehingga mencapai harga pasaran.

“Harga petrol akan diapungkan secara berperingkat sebanyak satu sen setiap minggu sehingga harga RON95 mencecah harga pasaran,” jelas Chieng Jen dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Sabah, Sarawak dan Labuan akan tetap menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM2.08 seliter.

Bagi memastikan harga minyak mengikut kadar ditetapkan, Akta Kawalan Harga juga akan diguna pakai bagi memastikan tiada pihak cuba memungut keuntungan berlebihan.

(SUMBER: Harian Metro)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube