Bikesrepublic

PKP

Gambar Hiasan

Gara-gara tindakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkonvoi dari Cheras ke Negeri Sembilan, empat lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh hari.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Majistret Jelebu yang turut mengenakan denda RM1,000 terhadap keempat-empat individu terbabit.

Ng Kim Seang, Woo Soon You, Low Yen Lai dan Teoh Chun Ann yang berusia di antara 26 hingga 34 tahun itu dicekup ketika tiba di Jalan Besar Titi selepas pihak polis menerima info dari orang awam.

Mereka didapati bersalah mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 (PPPB) yang boleh dihukum mengikut Peraturan 7 PPPB dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Keempat-empat lelaki terbabit turut berdepan penjara tiga bulan seandainya gagal menjelaskan denda tersebut.- Harian Metro

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Seorang penunggang motosikal ditahan pihak berkuasa susulan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Gurun, Kedah, semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu pada awalnya disaman kerana menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi sementara rakannya turut menerima tindakan sama ekoran motosikalnya tidak memiliki nombor plat.

Bagaimanapun, sebaik polis mengarahkan lelaki itu bersama rakannya beredar, dia bertindak melakukan wheelie dengan jentera Yamaha NVX miliknya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim, anggotanya telah mengekori pelaku terbabit sehingga di hadapan rumah sebelum bertindak menahan lelaki itu.

Difahamkan, dia juga tidak mengenakan pemakaian topi keledar semasa kejadian. – Harian Metro

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Fasa Kedua bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung Covid-19.

Berdasarkan SOP Fasa Kedua itu, segala premis perniagaan termasuk stesen minyak dan pasaraya hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Ismail Sabri menekankan bahawa Fasa Kedua ini bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sepertimana yang dikuatkuasakan di Simpang Renggan, Kluang dan Hulu Langat.

Orang awam masih dibenarkan untuk ke pasaraya dan stesen minyak dalam waktu dibenarkan bagi mendapatkan bahan keperluan.

Sementara itu, waktu operasi pengangkutan awam akan kekal dari jam 6 pagi hingga 10 malam bagi memudahkan pekerja sektor ‘essential service’ dan petugas kesihatan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sebuah kedai vintaj popular di Kampung Baru, Garasi Republik KL, menjadi mangsa pertama kes rompakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Premis yang popular di kalangan peminat tegar barangan vintaj termasuk aksesori motosikal klasik itu hilang enam helmet bernilai RM30,000, 200 cermin mata bernilai RM30,00 dan 500 utas jam tangan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Menurut laporan Berita Harian, pemiliknya Shahrizal Mat Zin turut memaklumkan sebuah helmet Bell bernilai RM10,000 turut dilarikan.

Insiden tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Difahamkan, kali terakhir pemilik berada di premis adalah pada 21 Mac lalu dan telah mengunci kedai menggunakan mangga dan rantai sekitar jam 9 malam.

Bagaimanapun, pemilik mendapati kedainya dipecah masuk ketika singgah untuk membuat tinjauan, Sabtu lalu.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKP pada 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

(SUMBER: Berita Harian)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan bantuan khas kepada pemandu e-hailing dan teksi yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika ini terdapat lebih 120,000 pemandu e-hailing di Malaysia dan kerajaan telah memperuntukan dana bantuan sekitar RM60 juta.

Bagi mengurangkan beban pemandu yang terkesan dengan PKP, pemandu e-hailing (GRAB) akan menerima bantuan berbentuk one-off sebanyak RM500 manakala RM600 bagi pemandu teksi.

Bantuan ini akan disalurkan bermula 1 April ini.

Kerajaan menguatkuasakan PKP bermula 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April tatkala terdapat kenaikan kes positif Covid-19 yang kini telah pun mencecah 2,031 dengan 24 kematian telah pun direkodkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sumber: IPD Petaling Jaya

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pihak berkuasa tempatan berdepan pelbagai karenah orang awam yang masih ingkar.

Ketika PKP dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengawal pergerakan orang awam.

Bagaimanapun, dalam situasi tersebut pihak berkuasa berdepan dengan pelbagai situasi antaranya alasan yang tak munasabah daripada orang awam yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mendedahkan ada segelintir yang berpendapat jalan raya kosong adalah masa terbaik untuk meninjau Kuala Lumpur.

“Ada yang tinggal di Kajang tetapi sanggup ke Kuala Lumpur membeli makanan.

“Ada juga yang mendakwa dalam perjalanan ke bank meskipun waktu sudah melebihi 11 malam,” jelasnya.

Sementara Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin mendedahkan pihaknya telah mengarahkan sebuah kereta untuk berpatah balik kerana membeli alasan untuk bersiar-siar di sekitar pulau.

Seorang lelaki juga disekat daripada memasuki pulau gara-gara mengidam nasi kandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri memaklumkan terdapat orang awam yang melanggar PKP gara-gara untuk membeli pemutar skru demi projek DIY.

PDRM telah merekodkan lebih 1,796 kes ingkar PKP dengan 695 kes telah pun diambil tindakan.

Pelaksanaan PKP merupakan langkah kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

PKP yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April tatkala terdapat segelintir orang awam yang masih ingkar.

Setakat ini, kes positif Covid-19 telah pun mencecah 2,031 dengan 23 kematian direkodkan sementara 215 telah pun pulih.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, kerajaan mengumumkan bahawa pembaharuan lesen memandu tidak perlu dilakukan sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan sendiri Menteri Pengangktutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, selepas mengambil kira situasi semasa di samping kesukaran yang bakal dihadapi orang ramai sekiranya berpusu-pusu untuk memperbaharui lesen.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membawa salinan sijil perlindungan.

Perkara tersebut berkuatkuasa esok selaras dengan Sekyen 66 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membenarkan orang ramai untuk tidak memperbaharui lesen di kaunter atau secara atas talian.

“Pemegang lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing selepas PKP diisytiharkan berakhir,” jelasnya.

(SUMBER: Berita Harian)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Anggota polis dan tentera menerima pelbagai alasan ketika menahan kereta yang cuba menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke tanah besar.

Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini.

Ketika dalam PKP, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah melainkan mempunyai alasan kukuh namun terdapat segelintir yang masih gagal mengikut arahan tersebut.

Seorang pemandu memberitahu dia hendak ke Bukit Mertajam untuk membeli sayuran segar sebelum diarahkan untuk patah balik dan membeli sayur di pulau.

Kemudian, terdapat seorang lelaki lingkungan 50an memberi alasan hendak ke tanah besar untuk tujuan makan malam dan akan balik ke pulau selepas selesai.

Pihak berkuasa turut mengarahkannya untuk patah balik di samping berkata, “Kami akan tahan sekiranya masih berdegil.”

Terdapat juga yang cuba menyeberang ke tanah besar dalam usaha mendapatkan makanan pilihan.

Lebih 100 kenderaan ditahan dalam operasi sekatan jalan yang diadakan di LebuhrayaTun Dr Lim Chong Eu bagi menyekat kenderaan yang tidak mempunyai alasan kukuh daripada menyeberangi jambatan Pulau Pinang.

Setakat semalam, 90 peratus rakyat Malaysia telah pun mematuhi PKP berbanding 60 peratus pada hari pertama.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube