Bikesrepublic

PKP

Sebagai rutin tiap hari bekerja, seorang juruteknik kilang elektronik, Mohd Hairi Nizam Mohd Hussain, 39, mengayuh basikal di laluan berasingan pesisir pantai sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu yang menghubungkan kawasan tempat tinggalnya di Batu Maung terus ke tempat kerjanya di FIZ Fasa 3.

“Saya mula berbasikal ke tempat kerja sejak 2020, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mahu mengamalkan gaya hidup aktif.

“Awalnya rutin itu hanya tiga hingga empat kali seminggu. Tapi, masuk tahun kedua hampir setiap hari saya mengayuh basikal termasuk pada Ramadan hingga sekarang.

“Saya keluar rumah jam 7.15 pagi dan ambil masa 35 minit sampai ke tempat kerja sejauh lebih 10 kilometer (km) Saya berkayuh santai untuk mengelakkan badan berpeluh,” katanya.

Bapa kepada tiga orang anak ini berkata, laluan berbasikal di Pulau Pinang mudah diakses kerana mempunyai jaringan luas terutama di bahagian pulau.

“Jika berkereta, tempoh perjalanan mengambil masa 30 hingga 45 minit bergantung keadaan trafik. Dengan berbasikal jimat wang.

“Cabaran utama adalah cuaca tidak menentu seperti hujan lebat secara tiba-tiba dan tayar pancit, namun tidak mematahkan semangat saya meneruskan amalan berbasikal ke tempat kerja,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Lebih ceria apabila berbasikal

Anggota bomba, Noor Amin Nayan, 40, pula bermula mengayuh basikalnya dari rumahnya di Padang Serai, Kedah ke Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth sebanyak satu atau dua kali seminggu sejak Oktober tahun lalu.

Perjalanannya yang sejauh kira-kira 30km sehala mengambil masa sejam setengah.

“Saya hanya menunggang basikal ke tempat kerja ketika bertugas syif malam untuk memudahkan merancang perjalanan lebih awal. Biasanya saya membawa peralatan seperti tiub basikal, pam angin dan sebagainya sebagai persediaan kecemasan.

“Saya dan isteri meminati aktiviti berbasikal dan kami masing-masing ada basikal lipat sendiri. Namun, waktu bekerja mencecah 12 jam sehari membuatkan saya mempunyai kekangan masa untuk melakukan hobi itu,” katanya.

Dia berkata laluan basikal di Seberang Perai tidak sebanyak di kawasan pulau dan berharap ia dapat ditambah baik supaya masyarakat setempat lebih digalakkan menjadikan basikal sebagai pengangkutan seharian.

“Sebenarnya, jalan yang saya gunakan iaitu merentasi jalan utama seperti di Tasek Gelugor dan Sungai Dua sebelum tiba di Butterworth adalah laluan berkongsi dengan kenderaan lain.

“Kali pertama berbasikal ke tempat kerja saya pernah hampir berputus asa sewaktu di pertengahan jalan. Rasa letih dan menyesal hilang apabila menghampiri pintu pagar balai.

“Saya dapati aktiviti berbasikal ke tempat kerja sedikit sebanyak mengubah ‘mood’ saya menjadi lebih ceria dan bersemangat sebelum memulakan tugas,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah sempena Aidiladha, esok.

Langkah itu bagi memastikan tiada aktiviti ziarah dilakukan yang ketika ini masih dilarang sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Ramli Din.

“Kami akan buat pemeriksaan secara mengejut, perkara tiu akan dibuat secara rawak,” jelasnya.

Pada masa sama, PDRM mengalu-alukan maklumat orang awam sekiranya mendapati terdapat aktiviti ziarah dilakukan. – BH

Honda Malaysia mengumumkan penutupan segala pusat operasi dan pusat pameran di seluruh negara selaras dengan pelaksanaan ‘lockdown’ yang berkuatkuasa hari ini.

Penutupan tersebut akan berjalan dar 1 hingga 14 Jun 2021 bagi menyokong usaha kerajaan untuk mengekang penularan Covid-19.

Bagaimanapun, servis selepas jualan akan tetap berjalan seperti biasa di setiap pengedar seluruh negara.

Namun, setiap pelanggan wajib membuat janji temu lebih awal tatkala ‘walk-in’ tidak akan dilayan sepanjang tempoh ini.

Kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada enam daerah di Selangor berkuatkuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Perkara itu disampaikan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menjelaskan enam daerah tersebut membabitkan Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat serta Sepang.

Pelaksanaan PKP ini bermakna aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan sama sekali sewaktu tempoh tersebut kecuali kecemasan.

Sementara baki tiga daerah, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih lagi berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ismail Sabri sewaktu sidang media harian, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira peningkatan kes Covid-19 dalam negara.

Kerajaan membuat keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan hingga 14 April ini.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, meskipun angka penularan Covid-19 menampakan penurunan namun mengambil faktor kes di beberapa negeri masih lagi turun naik maka kerajaan memutuskan lanjutan PKPB.

“”Enam negeri masih dikekalkan status PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

“Pengekalan status PKPB di negeri Semenanjung berkuat kuasa mulai 1 April hingga 14 April kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini hingga 12 April,” katanya dalam sidang media harian. hari ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti kebenaran rentas negeri bagi sambutan Aidilfitri pada Mei.

Muhyiddin turut memberi bayangan bahawa pihak kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk membenarkan solat Aidilfitri termasuk takbir raya dan ziarah rumah ke rumah.

“Dengan Aidilfitri semakin hampir, kami mungkin akan membenarkan solat Aidilfitri serta takbir raya dan kunjungan dari rumah ke rumah.

“Bagaimanapun, kebenaran untuk rentas negeri, saya belum boleh memberi jawapan. Jadi kami perlu teliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi,” jelasnya.

Setakat 29 Mac 2021, angka kes positif julung kalinya turun kepada tiga angka pada 941 kes. – NST

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer.

Kebenaran tersebut adalah diboleh bagi semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurut Ismail Sabri, kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan lebih 10 kilometer selepas mengambil kira banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, larangan merentas daerah dan negeri masih lagi berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Sementara itu, PKP dilanjutkan sehingga 4 Mac ini bagi negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Demikian kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Sri Ismail Sabri, menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung semalam.

“Kita tidak lagi menghadkan jumlah di dalam kenderaan, jumlah adalah mengikut kapasiti kenderaan.

“Semuanya berdasarkan kapasiti tempat duduk mengikut kenderaan masing-masing,” jelasnya.

Menurutnya lagi, usaha dalam mengekang penularan Covid-19 harus memikul tanggungjawab bukan sahaja untuk diri sendiri malah orang lain.

“Apa yang penting adalah tanggungjawab kita. Kita jaga kita, kita perlu menjaga ahli keluarga kita.

“Bagi saya, vaksin terbaik dalam menangani Covid-19 adalah diri kita termasuk pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” tambahnya

Antara intipati pengumuman semalam adalah membenarkan semula aktiviti rentas negeri (termasuk yang dikenakan PKPB) kecuali bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun (esok) ini, Perodua telah menyumbang 5,000 pelindung muka kepada 17 sekolah menengah di sekitar Hulu Selangor.

Pelindung muka tersebut menawarkan visor anti-kabus yang diperbuat daripada bahan polyethylene terephthalate bagi menjaminkan penglihatan optimum.

Perodua turut menyumbang pelindung muka tersebut ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

“Kami menyumbang pelindung muka ini bagi kegunaan pelajar Tingkatan 5 dan 6, guru dan kakitangan sebaik mereka kembali ke sekolah selepas tiga bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Meskipun mereka semua akan memakai topeng muka tetapi pelindung muka ini akan bertindak sebagai penjagaan ekstra.

“Kami berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan kerana bekerja keras untuk menerajui negara ketika krisis Covid-19,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dato Zainal Abidin Ahmad.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir 10 Jun ini dan akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

PKPP akan berkuatkuasa sehingga 31 Ogos.

Menerusi PKPP, orang ramai yang diberikan lebih kelonggaran bagi menjalani kehidupan seharian namun masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut membenarkan perjalanan rentas negeri kecuali di kawasan yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Mereka yang ingin menziarahi ibu bapa bolehlah berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin turut mengingatkan agar orang ramai menjaga kebersihan diri dan mengikut SOP ditetapkan.

“Ingat, ibu bapa adalah warga meas, mereka antara mudah terdedah kepada jangkitan (Covid-19),” jelasnya.

Jika anda antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AEON menawarkan jawatan sebagai rider dengan kontrak setahun dalam usaha membantu meringankan beban.

AEON akan menyediakan motosikal kepada rider berkenaan namun apa yang menarik perhatian, jentera tersebut akan menjadi milik rider berkenaan selepas kontrak setahun itu berakhir!

Berikut syarat-syarat yang ditetapkan AEON:

  • kontrak 1 tahun
  • waktu bekerja dar 11 pagi hingga 6 petang (termasuk cuti umum)
  • 1 hari cuti setiap minggu
  • berusia 25 hingga 40 tahun
  • rakyat Malaysia
  • kehilangan pendapatan atau pekerjaan susulan pandemik Covid-19
  • memiliki lesen B/B2
  • tidak memiliki sebarang kenderaan
  • tiada rekod jenayah lampau

Pihak AEON turut akan menyediakan latihan kepada para rider.

Jika anda antara yang terkesan, sila mendaftar nama menerusi aplikasi WhatsApp di +60123709750/+60123728406.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali membuka kaunter untuk membenarkan pembaharuan lesen bermula 29 April ini.

JPJ memaklumkan bahawa kaunter mereka dibuka dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“JPJ hanya akan melayan urusan pembaharuan lesen bagi kenderaan komersil , lesen memandu serta pembayaran saman termasuk isu disenarai hitam.

“Arahan untuk membuka servis lain oleh JPJ hanya dilakukan mengikut keadaan semasa pandemik Covid-19 termasuk keputusan kerajaan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelas JPJ dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, orang ramai digesa mematuhi peraturan PKP dan mereka yang hadir ke kaunter JPJ perlu mematuhi arahan ditetapkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube