- Rangkaian motosikal RC telah bertambah lagi dengan pengenalan MV Agusta Brutale 800 RC.
- Diperkenalkan sewaktu EICMA 2017, Brutale edisi terhad ini kini patuh Euro-4 oleh kerana enjinnya yang telah dibikin semula dan kini menjana 140hp dan 87Nm.
- Hanya 350 unit sahaja yang akan disediakan dan setiap satu daripadanya akan dilengkapi dengan Reparto Corse Kit yang membolehkan pemiliknya boleh mempertingkatkan lagi kuasa kudanya ke 150hp dengan bantuan beberapa buah kelengkapan perlumbaan.