- Sesi bual bicara kedai adalah peluang di mana pengurus sesuatu perniagaan menjemput para pelanggan dan bakal pelanggan bagi memperkenalkan kepada mereka program dan perkhidmatan yang disediakan oleh kedai berkenaan.
- Tahun lalu, para pemilik MV Agusta dibiarkan terkapai-kapai setelah syarikat yang bertanggungjawab ke atas pengedaran jenama berkenaan di Malaysia telah menghentikan operasinya.
- Pada bulan Disember 2018, GB Workshop telah menandatangani persetujuan bersama MV Agusta Motor S.p.A bagi menyediakan perkhidmatan selepas jualan buat para pemilik MV Agusta.
- Sesi bual bicara kedai yang diadakan baru-baru ini adalah program pertama seumpamanya buat pemilik MV, dengan lebih daripada 30 orang pemilik menghadirkan diri.