- MV Agusta telah memperkenalkan sebuah edisi terhad terbaru mereka bersempena perayaan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat bagi tahun 2017, MV Agusta Brutale 800 America.
- Hanya 50 unit sahaja yang akan disediakan berkesesuaian dengan bilangan negeri di Amerika Syarikat dan setiap satu memberikan penghormatan kepada warna merah, putih, dan biru motosikal MV Agusta 750 S 1973.
- Setiap daripada lima puluh unit edisi terhad Brutale 800 America ini diletakkan harganya pada $14,998 (sekitar RM64,522* selepas pertukaran terus).