- Pasukan Red Bull KTM Factory Racing telah mengesahkan yang kedua-dua penunggang semasa mereka, Bradley Smith dan Pol Espargaro, akan terus menunggang bagi pasukan itu untuk siri MotoGP musim 2018.
- Kedua-dua penunggang berkenaan beserta dengan penunggang uji mereka, Mika Kallio, akan meneruskan usaha mereka membangunkan jentera perlumbaan mereka, KTM RC16 MotoGP, untuk lebih berdaya saing bagi musim hadapan.
- Keputusan terbaik yang telah mereka kecapi buat setakat ini adalah ketika Mika Kallio yang menunggang sebagai ‘wildcard entry” di pusingan GP Austria, di mana dia menamatkan perlumbaannya di kedudukan sepuluh teratas.