- Pusingan ke-14 MotoGP yang diadakan di Aragon semalam telah menyaksikan kemenangan satu-dua oleh penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa.
- Jorge Lorenzo (Ducati Team) telah menunjukkan peningkatan yang hebat dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga setelah mendahului secara majoriti ketika masa perlumbaan itu di atas jentera Ducati Desmosedici GP17-nya.
- Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) berlumba dengan hebat sekali dan melintasi garisan penamat di P5 di belakang teman sepasukannya Maverick Vinales meskipun dia baru sahaja pulih dari kecederaan keretakan kaki yang dialaminya hanya 25 hari yang lalu.