Ducati Malaysia telah mengemaskini dan menambah model-model jentera mereka dengan pelancaran lima model baru.
Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) baru sahaja menambah pilihan motorsikal berkuasa tinggi di pasaran Malaysia dengan pelancaran 5 model baru bagi 2016. Semua model terbaru ini dilancarkan di majlis pelancaran di EX8, Subang petang semalam.
Model-model terbaru untuk pasaran Malaysia bagi 2016 adalah Panigale 959, Hypermotard 939, Monster 1200 R, Multistrada 1200 Enduro dan juga XDiavel.
2016 Ducati Panigale 959
Setelah pelancaran global model ini di EICMA tahun lepas, model kategori Supersport ini berasas dari Ducati Panigale 899 yang telah dikemaskini secara keseluruhan.
Dari segi reka bentuk, rupanya tidak begitu berbeza dari model-model Panigale yang lain tetapi mengikut spesifikasi jentera ini, ia mempunyai ‘intake’ udara yang baru dan lebih besar, cermin sisi yang lebih panjang berlampukan LED dan juga sedikit perubahan pada bahagian belakang dan juga panel reraub (fairing). (more…)