- Pasukan selepas jualan Modenas telah membekalkan Encik Zulkifli Nasir dengan sebuah motosikal gantian sementara Pulsa NS200 setelah motosikal miliknya terbakar pada awal minggu ini.
- Motosikalnya telah terbakar beberapa hari yang lalu akibat litar pintas yang berpunca daripada sambungan terminal bateri yang tidak betul.
- Pengeluar motosikal kebangsaan telah mengambil langkah menangani masalah ini dengan pantas dan secara professional bagi memastikan keselamatan pengguna.