- Modenas telah menganjurkan satu program interaksi yang amat istimewa antara pengeluar motosikal nasional itu bersama dengan ke semua pemilik motosikal Modenas yang baru.
- Lebih daripada 60 orang pemilik yang telah membeli motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15 telah menghadiri acara “Let’s Talk” bagi mengenali dengan lebih mendalam motosikal kesayangan mereka itu.
- Para hadirin elah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada pemeriksaan motosikal percuma, nasihat persendirian bersama pakar serta kuiz dan juga pemberian hadiah.