Bikesrepublic

Modenas Elegan 250

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) melancarkan Elegan 250 baharu untuk pasaran tempatan.

Motosikal jenis skuter maxi popular ini kini muncul dengan sistem ABS (anti-lock braking system) untuk tahun 2020.

Meskipun Elegan 250 ABS ini masih lagi menampilkan rekaan sama seperti model sebelumnya namun Modenas mendedahkan terdapat beberapa penambah baikan dilakukan terhadap jentera ini.

Antaranya ciri baharu tersebut membabitkan paparan digital yang memaparkan info tambahan antaranya meter perjalanan, jam digital, volt meter di samping fuel reminder.

Elegan 250 ABS ini turut tampil dengan slot pengecas USB yang terletak di bahagian bawah handle kiri.

Bagaimanapun, kemas kini terbesar adalah sistem ABS ‘dual channel’ yang diperkenalkan bagi tahun 2020 sekaligus meningkatkan tahap efisien sewaktu membrek dalam apa jua keadaan.

Pada masa sama, pencahayaan juga lebih baik dengan penggunaan lampu jenis LED dan DRL (daytime running light).

Sementara itu, Elegan 250 ABS ini masih lagi menawarkan enjin 249.1cc SOHC yang menjana 16.5kW pada 7,000rpm dan 22.4Nm pada 6,500rpm.

Modenas Elegan 250 ABS kini muncul dengan dua warna pilihan, Satin Matte Red dan Satin Matte Black dengan harga RM15,315.

Modenas has announced that they have something special planned on 19 November 2020 and judging by the teaser photo, the new bike will most likely be the new 2021 Modenas Elegan 250 or a completely different 300cc maxi-scooter. (more…)

Mengikuti majlis pelancaran skuter-skuter terbaru keluaran Modenas pada November tahun lepas, pihak Modenas telah mengaturkan satu sesi ujian bagi pihak media. Sesi ini telah memberi peluang kepada kami untuk menguji secara keseluruhan skuter-skuter terbaru iaitu Modenas Elegan 250 dan Modenas Karisma 125. Skuter Kymco Downtown 250i juga turut sertai konvoi ini dimana semua produk Kymco di Malaysia akan dipasang oleh Modenas. (more…)

mm_modenas_kymco_launch_-4

Modenas baru sahaja melancarkan tiga model skuter terbaru untuk 2016/2017 iaitu Modenas Karisma 125, Modenas Elegan 250 dan juga KYMCO Downtown 250i.

mm_modenas_kymco_launch_-2

Syarikat dibawah DRB-HICOM ini telah melancarkan Modenas Karisma 125 untuk golongan muda dan Modenas Elegan 250 untuk para eksekutif yang mengikuti citarasa terkini.   (more…)

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) appointed as new and exclusive Malaysian Kymco distributor.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube