- Triumph Motorcycles akan melancarkan pusat Visitor Experience istimewa milik mereka sendiri pada 1 November 2017 yang akan datang.
- Terletak di dalam kilang Hinckley milik Triumph di Leicestershire, England, pelawat akan dapat menikmati pengalaman di kilang itu sendiri melalui satu lawatan yang dikawal selia oleh Triumph.
- Lawatan Visitor Experience adalah percuma tetapi sekiranya anda berminat untuk mengikuti lawatan kilang selama 90 minit, anda boleh menempah slot anda dengan hanya £15 (kira-kira RM83.80).