- Setelah selesai pusingan MotoGP Australia semalam, Joan Mir dari pasukan Leopard Racing telah ditabalkan sebagai Juara Dunia Moto3 2017 selepas memenangi perlumbaan ke-sembilannya untuk musim ini.
- Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu telah membuat kemunculan sulungnya hanya dua tahun yang lalu di litar yang sama di mana dia memenangi Kejohanan Dunia Moto3 2017.
- Pertarungan yang sengit di Phillip Island terpaksa dihentikan oleh kerana hujan yang lebat di mana Joan Mir diumumkan sebagai pemenang perlumbaan dan juara keseluruhan.