Bikesrepublic

Lebuhraya Persekutuan

Tindakan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke alami sendiri situasi menaiki LRT pada waktu puncak mendapat pujian orang ramai apatah lagi ‘tinjauan’ tersebut dilakukan tanpa pengetahuan pihak Prasarana.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata turut meminta Loke untuk turut melakukan tinjauan di beberapa kawasan lain termasuk laluan motosikal di sepanjang Lebuhraya Persekutuan. 

Seorang pengguna Facebook dengan akaun Charles Leong, mengharapkan YB Anthony Loke membuat sesuatu terhadap jalan motosikal di sepanjang lebuhraya tersebut yang berada dalam keadaan tidak selamat. 

“Hi YB, mungkin ini bukan isu yang sepatutnya diselesaikan oleh Menteri Pengangkutan tapi saya ingin melaporkan bahawa lorong motosikal di sepanjang Lebuhraya Persekutuan dalam keadaan yang buruk dan tidak selamat. 

“Lampu dalam terowong tidak berfungsi, jalan tak diterangi oleh lampu, dan jalan berlubang dan tidak rata. 

“Lorong motosikal sepatutnya lebih selamat untuk penunggang tapi nampaknya ia lebih berbahaya. Harap pihak YB boleh membangkitkan isu ini dengan Menteri Kerja Raya,” jelasnya di ruangan komen. 

Bagaimanapun, isu jalan motosikal tersebut adalah dibawah kendalian Kementerian Kerja Raya di samping pemantauan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Namun, kerisauan yang dibangkitkan itu adalah sesuatu perkara yang wajib diberi perhatian oleh kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Media MalayMail hari ini memuat naik laporan khas mengenai keadaan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan bagaimanapun, ruangan komen netizen turut mencuri perhatian.

Berdasarkan beberapa komen yang dikongsikan, ada yang berpendapat laluan motosikal bukan satu isu sebaliknya, penunggang motosikal yang harus dipertanggungjawabkan.

Berikut antara komen diutarakan:

“Ini bukan tentang laluan motosikal. Tak boleh ke penunggang motosikal hanya menggunakan laluan paling kiri terutamanya di lebuhraya LDP? Mereka gemar menyelinap diantara kenderaan lain dan ada segelintir mereka akan memarahi pemandu kereta jika kami cuba memintas”

“Penunggang motosikal menyusahkan orang ramai!”

Tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang tidak menggunakan laluan motosikal disediakan namun pelbagai faktor memainkan peranan terhadap tindakan itu antaranya keadaan laluan disediakan tidak menjamin keselamatan penunggang.

Pada masa sama, rata-rata yang menggunakan laluan paling kiri adalah kenderaan besar antaranya bas dan lori yang turut boleh mengancam nyawa penunggang motosikal.

Semalam, pasangan suami isteri maut di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur lalu mencetuskan perdebatan di laman sosial mengenai status keselamatan laluan tersebut.

Difahamkan kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda CBR500R tidak sempat mengelak daripada kemalangan lain yang berlaku dihadapan mereka.

Dalam isu ini, sememangnya mudah untuk menuding jari kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal yang dianggap sebagai ‘menyusahkan’ pemandu kereta.

Bagaimanapun, hakikatnya penunggang motosikal lebih berisiko untuk berdepan bahaya dengan statistik oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), mendedahkan seramai 4,348 kematian daripada 6,740 kemalangan pada 2017 membabitkan penunggang motosikal.

Diharapkan pihak berwajib dapat menyelesaikan isu laluan motosikal terutamanya di lebuhraya agar dapat menjamin keselamatan penunggang sekaligus tidak lagi dilabel sebagai entiti yang ‘menyusahkan’ oleh pemandu kereta lain.

Sebuah pasangan suami isteri yang sedang menunggang motosikal jenis Honda CBR500R disahkan maut setelah terlibat dalam kemalangan yang berlaku di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan di hadapan bangunan Avon, hari ini.

Kemalangan tersebut turut membabitkan beberapa motosikal lain jenis antaranya Suzuki Axelo dan Yamaha 135 LC.

Ketika ini masih tiada maklumat rasmi daripada pihak berwajib mengenai punca kejadian tersebut berlaku.

Sementara itu, penunggang motosikal dinasihatkan berhati-hati ketika melalui laluan motosikal.

(SUMBER: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis)

Artikel asal oleh Wahid Ooi Abdullah untuk laman Bikesrepublic.com

  • Sebahagian daripada laluan motosikal yang ada di Lebuhraya Persekutuan kini telah dibuka.
  • Kami mengambil peluang ini untuk memeriksa laluan dari PPUM ke Midvalley.
  • Ternyata ianya masih lagi merbahaya dan bagai melepaskan batuk di tangga.

(more…)

Sumber imej: Google

  • Sebuah artikel yang telah disiarkan baru-baru ini oleh The Malay Mail menyaksikan pengarangnya merungut tentang penunggang motosikal menunggang motosikal mereka di atas Lebuhraya Persekutuan.
  • Lebih banyak motosikal telah memasuki laluan utama kerana sebahagian daripada laluan motosikal telah ditutup bagi pengubahsuaian.
  • Walaupun ada di antara mereka menunggang secara lalai, ianya tidak adil bagi melabel ke semua penunggang motosikal sebagai ‘gangguan’ atau ‘mat rempit’.

(more…)

A recent article posted by the Malay Mail has the author complaining about motorcyclists riding their bikes on the Federal Highway.

More bikes are taking the main carriageway as some parts of the dedicated bike lanes are closed for renovations.

While some do ride carelessly, it is not fair to label all bikers as ‘nuisances’ or ‘mat rempits‘.

Image source: The Star

In reference to a recent article published by the Malay Mail earlier today, the author clearly stated that more motorcyclists are taking their bikes onto the main carriageway and went on to blatantly label them as ‘nuisances’ and even ‘mat rempits’ (street hooligans). The biased article, which may be confusing for some especially other motorists, was written without considering the true story behind the event. (more…)

Works Ministry allocates RM3.13 million budget to fix up dangerous Federal Highway bike lane.

(more…)

The Federal Highway bike lane is NOT safe, but an online survey by MIROS might change things soon.

(more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube