- Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) menunggang dengan hebat sekali semalam semasa HJC Helmets Grand Prix de France di Le Mans yang menjadikan 3 kemenangan dari 5 perlumbaan dalam musim ini.
- Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) dan Marc Marquez (Repsol Honda) telah terbabas ketika perlumbaan semalam, memberi kesan kepada kedudukan tangga kejohanan mereka.
- Viñales kini mendahului kejohanan MotoGP 2017 dengan 85 mata, diikuti oleh Dani Pedrosa dengan 68 mata dan Rossi di tempat ketiga dengan 62 mata.