Bikesrepublic

kereta terbang

 

Kereta terbang pertama negara, EH216, yang dijadualkan untuk menjalani ujian penerbangan pertama hari ini terpaksa dibatalkan susulan tidak mendapat kelulusan Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan semalam memaklumkan bahawa tapak ujian di Hangar UNIKL MIAT Subang berada kurang 200 meter dari laluan penerbangan dan helikopter komersil.

Pada masa sama, CAAM turut sedang menyiasat ujian penerbangan ‘haram’  yang diadakan pada 15 November lalu susulan tidak mendapat kelulusan.

Menurut laporan Harian Metro, EH216 hanya mendapat permit khas penerbangan yang terhad oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China untuk tujuan ujian dan penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou.

Bagaimanapun, CAAM menjelaskan pihaknya menyokong segala usaha melibatkan aeroangkasa namun menggesa agar setiap aktiviti harus mematuhi Peraturan Penerbangan Awam Malaysia.

(SUMBER: Harian Metro)

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mendedahkan bahawa kereta terbang akan memulakan penerbangan ujian, Khamis ini.

Menurut laporan Harian Metro, pihak yang membangunkan projek kereta terbang tersebut meminta agar sesi ujian dijalankan secara tertutup dengan lokasi dan waktu ujian tidak didedahkan kepada umum.

“Perincian sesi pandu uji tidak boleh didedahkan bagi menghormati permintaan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan sesi ujian tersebut akan dihadiri wakil daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Sementara itu, Redzuan menjelaskan kerajaan masih belum menetapkan sama ada akan mengeluarkan kereta terbang nasional meskipun ujian penerbangan tersebut akan menunjukan keputusan positif.

(SUMBER: Harian Metro)

Bagi sesiapa yang menyaksikan animasi M.A.S.K sekitar tahun 80an pastinya akan ada yang teringat dengan jentera motosikal yang diberi nama Condor ekoran keupayaannya untuk terbang apabila bertukar menjadi sebuah helikopter.

Bayangkan apabila kenderaan yang suatu ketika dulu hanya wujud di dalam rancangan animasi kini bakal menjadi kenyataan menerusi La Moto Volante yang dihasilkan oleh Lazareth Auto-Moto.

(Sumber: Youtube)

Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube semalam, Lazareth dilihat berjaya menghasilkan motosikal terbang apabila mempamerkan penerbangan setinggi 1 meter sebelum melakukan pendaratan yang stabil.

Meskipun masih berada di peringkat awal tetapi keputusan ujian dilihat menggalakkan.

Lazareth Auto-Moto sememangnya terkenal dengan penghasilan jentera luar biasa dan kadang-kala tidak masuk akal namun penciptaan La Moto Volante bakal menjadi teras kejayaan syarikat berpangkalan di Perancis itu.

Menariknya, La Moto Volante seakan-akan menyamai jentera LM-847 yang dihasilkan Lazareth sebelum ini yang menggunakan enjin Maserati – yang menghasilkan 470 hp.

Bagaimanapun Moto Volante menggunakan enjin JetCat 96,000rpm yang diletakkan di setiap tayar di samping menambah penggerak hidraulik bagi membenarkan keempat-empat tayar untuk bergerak ke atas.

Bagaimana La Moto Volante berfungsi?

Menurut Lazareth apa yang diperlukan untuk mengubah mod motosikal kepada mod terbang hanyalah dengan menekan suis khas namun pastikan berada di kawasan sesuai terlebih dahulu untuk memulakan proses penerbangan.

Lazareth bakal membawa La Moto Volante ke Gitex di Dubai pada Oktober dan akan menawarkan tempahan awal dengan harga USD560,000 (RM2.2j).

Kebelakangan ini, isu kereta terbang menjadi perbualan orang ramai dengan rata-rata berpendapat teknologi itu tidak sesuai diguna pakai buat masa ini apatah lagi dengan harga yang hampir pasti diluar kemampuan rakyat Malaysia.

Dikhabarkan proses penghasilan kereta terbang masih lagi berada di peringkat awal tetapi bagi sebuah syarikat berpengkalan di California, tumpuan mereka terarah kepada penghasilan motosikal terbang!

Bukan sekadar dalam perancangan, tetapi mereka kini telah membuka tempahan bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya.

Dinamakan ‘Speeder’, setiap unit motosikal terbang itu akan digerakkan dengan lima enjin jet yang telah diubahsuai dan mampu pergi sejauh 72 kilometer dengan kelajuan 241km/j.

Bukan itu sahaja, Speeder – yang akan berada di pasaran tahun depan – mampu mencapai ketinggian 15,000 kaki yang juga merupakan ketinggian maksimum bagi sebuah kapal terbang Cessna 172!

Speeder menggunakan kawalan jenis ‘joystick’ sepertimana yang digunakan ‘gamer’diluar sana.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan, apa yang anda perlu lakukan hanyalah membayar USD380,000 (RM1.5 juta).

Ya, anda telah baca ‘statement’ itu dengan betul. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff, kereta terbang pertama keluaran Malaysia akan bakal diperkenalkan secara umum kepada semua. (more…)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube