- Berdasarkan pada beberapa sumber yang boleh dipercayai, lebih banyak motosikal Kawasaki yang dicas lampau akan muncul pada tahun 2018 bagi
menyusuli kejayaan motosikal Kawasaki H2 dan H2R. - Susulan khabar angin yang bertiup kerana imej-imej yang dihasilkan oleh Young Machine, kemungkinan untuk menyaksikan lebih daripada satu motosikal ‘forced induction‘ dari Kawasaki ini lebih tinggi dari apa yang kita jangkakan.
- Setakat ini, tahun 2018 akan menyaksikan ketibaan sama ada Kawasaki R2, S2, atau H2 GT dengan khabar mengatakan yang R2 merupakan sebuah motosikal dicas lampau ‘middleweight‘ dengan penggayaan ala ZX-6R.