- Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah secara rasminya melancarkan “Kawasaki Safety and Responsible Riding Course”.
- Bersama dengan dokongan dari penaung mereka, Kawasaki Heavy Industries dan K-TEC Corporation Japan, program ini bertujuan secara muktamadnya mengurangkan jumlah bilangan kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal di Malaysia.
- Kursus ini akan ditawarkan kepada pemilik motosikal Kawasaki yang semasa atau pun baru bagi mempertingkatkan lagi kebolehan menunggang mereka melalui teori dan juga program praktikal.