- Sebuah dokumentari berdurasi 45 minit mengenai hidup Jonathan Rea dan bagaimana dia menggondoli tiga takhta WorldSBK telah ditayangkan oleh BBC.
- Klip berkenaan mempamerkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun itu berjaya mencapai kejayaan tersebut dan pada masa yang sama menjaga keluarganya sewaktu sedang menjelajah dan di antara pusingan perlumbaan.
- Rea adalah satu-satunya penunggang WorldSBK setakat ini yang telah memenangi kejohanan WorldSBK sebanyak tiga kali berturut-turut.