- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan satu program kembara ke seluruh negara dinamakan Jelajah 1 Jiwa bersempena dengan ulang tahun jubli emas ke-50 agensi berkenaan.
- Konvoi selama lapan hari itu dikembarai oleh sekitar 15 orang penunggang yang terdiri daripada kakitangan BERNAMA, ahli Kelab Komuniti Benelli Matters dan juga beberapa pemilik motosikal SYM yang akan menjelajah sepelusuk Semenanjung Malaysia dalam siri pertamanya.
- Sejumlah lima buah motosikal Benelli yang baru telah didermakan oleh MForce Holdings Sdn Bhd bagi menunjukkan sokongan mereka yang juga termasuk siri kedua kembaraan itu di mana mereka akan menjelajah Sabah dan juga Sarawak.