- I-Moto.my bersama dengan GB Workshop telah mengadakan sebuah bengkel mengenai penyelenggaraan motosikal yang betul dinamakan I-Workshop.
- Diadakan di The Gasket Alley, seminar santai ini disasarkan untuk pemilik Vespa, Scomadi, Benelli, dan Aprilia memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyelenggara motosikal mereka dengan sewajarnya dan apa yang perlu diberi perhatian sewaktu penyelenggaraan.
- Bengkel itu dengan jayanya telah berkongsi maklumat berguna serta pengalaman kendiri buat pemilik motosikal bagi memastikan yang motosikal kesayangan mereka sentiasa dalam keadaan sedia untuk ditunggang.