- Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali.
- Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi.
- Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik, motosikal yang telah dihasilkan oleh Jakusa Design tampak seperti ianya mampu dihasilkan dari kilang dalam masa terdekat (pada pandangan kami).