Bikesrepublic

Hyundai Malaysia

Bagi tahun 2020, Elantra tampil dengan elemen rekaan terkini yang digelar sebagai ‘Futuristic Parametric Dynamics’.

Selain daripada aspek rekaan, Hyundai turut memfokuskan pembaharuan enjin yang kini tampi dengan enjin Smartstream G1.6 MPi yang menawarkan 123hp pada 6,300rpm dan 154Nm 4,500rpm.

Menariknya, Elantra baharu ini juga muncul sebagai model Hyundai sulung yang dilengkapi transmisi IVT (Intelligent Variable Transmission) yang dijamin bakal menawarkan prestasi dan penjimatan minyak efisien di samping menyingkirkan isu ‘rubber band effect’.

Elantra serba baharu ini akan mewarnai pasaran segmen-C di Malaysia selepas pengeluar kereta Korea Selatan itu memperkenalkan Sonata, tahun ini.

Ruang dalam juga dipertingkat dengan penggunaan skrin TFT Supervison 10.25inci dan paparan 8 inci jenis terapung (floating display) manakala ruang letak barang menawarkan kapasiti lebih 470L sekaligus memudahkan pemindahan barangan besar.

Menurut Hyundai, Elantra baharu ini juga menawarkan pengalaman ruang dalam paling progresif dalam kelasnya.

Antara ciri keselamatan ditawarkan:

  • Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Smart Cruise Control (SCC)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Forward Collision Avoidance Assist
  • Rear Occupant Alert
  • Safe Exit Warning
  • Driver Attention Warning
  • Leading Vehicle Departure Alert

Setiap pembelian Elantra akan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 300,000km perbatuan (mana yang sampai dulu).

Bagi memudahkan orang ramai merasai pemandu kereta Hyundai tanpa perlu keluar dari rumah, Sime Darby Auto Hyundai memperkenalkan kempen SDAH Test Drive to You.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh merasai sendiri kereta Hyundai di depan pintu rumah!.

Pengarah Urusan, Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung mendedahkan kempen ini ditawarkan kesemua enam pusat jualan SDAH di Semenanjung Malaysia.

Kempen baharu ini bukan sahaja memudahkan malah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam memastikan kelestarian pelanggan terjamin.

  • Kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas sesi pandu uji
  • Hanya perunding jualan dan pelanggan dibenarkan berada dalam kenderaan sambil memakai topeng muka
  • Pelanggan perlu mengenakan hand sanitizer
  • Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan sebelum sesi ujian

Orang ramai hanya perlu mendaftar dengan KLIK SINI dan pihak SDAH akan menguruskan sesi pandu uji di rumah pelanggan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube