- Rancangan untuk pembinaan kilang terbaru Harley-Davidson di Thailand telah pun muncul dengan operasi dijangka bermula lewat 2018.
- Berita ini menimbulkan kemarahan di Amerika Syarikat dengan tuduhan dari persatuan pekerja Amerika menyatakan yang pengeluar ini mengurangkan pengambilan pekerja di US dan menggunakan tenaga kerja luar.
- Kilang baru ini dikatakan untuk membantu mengurangkan kadar tariff yang tinggi untuk motosikal import di Asia.