- Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis.
- Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan tidak cergas untuk berlumba disebabkan kecederaan yang ekstensifnya itu.
- Dengan hanya dua pusingan sahaja yang tinggal untuk musim ini, ianya tidak diketahui sama ada Sofuoglu sempat memulihkan dirinya bagi bertarung kembali untuk takhta kejuaraan WorldSSP 2017 bersama dengan pendahulu semasa, Lucas Mahias dari pasukan GRT Yamaha Official WorldSSP Team.