Bikesrepublic

Geely

Filed patents confirm a new Benelli 1,301cc V-Twin is being developed, shares similarities with KTM’s LC8 v-twin.

(more…)

Proton akhirnya mengumumkan harga rasmi bagi Proton X50 menerusi pelancaran secara strim langsung, hari ini.

Selepas lebih sebulan mendedahkan maklumat tentang spesifikasi, enjin, prestasi dan ciri keselamatan, akhirnya Proton melancarkan X50 secara rasmi termasuk harga.

Antara ciri pertama yang didedahkan adalah Proton X50 ini akan didatangkan dengan dua varian enjin, 1.5L turbo dan 1.5L TGDi (turbo gasoline direct injection).

Kedua-dua varian enjin ini didatangkan dengan pakej transmisi klac berkembar 7-kelajuan (DCT).

Enjin 1.5L T ditawarkan bagi varian Standard, Premium dan Executive dan menghasilkan 150hp pada 4,000rpm dan 226Nm pada 1,500rpm.

Sementara enjin 1.5L TGDi – yang hanya terdapat pada model ‘flagship – menghasilkan 177hp dan 250Nm.

Hasilnya, model Proton X50 ini mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 7.9 saat dan dibuktikan menerusi perlumbaan drag apabila X50 berjaya mengatasi dua model lain, Honda HRV dan BMW X1.

Aspek pemanduan turut dilaksanakan menerusi ujian slalom dan ternyata pengalaman memandu cukup cekap dan selesa hasil bantuan Electronic Stability Control, Traction Control System dan Drag Torque Control.

Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan X50 ini merupakan kereta pertama dalam segmennya yang menawarkan Pemanduan Autonomi Level 2, teknologi yang sering terdapat pada jenama premium Eropah.

Antara aspek Pemanduan Autonomi Level 2 itu melibatkan:

  • Intelligent Cruise Control (ICC)
  • Auto Park Assist (APA)
  • Autonomous Emergency Braking
  • Forward Collision Warning
  • Lane Keep Assist
*Senarai harga dan pakej

Orang ramai kini boleh mendapatkan Proton X50 dengan harga berikut:

  • 1.5T Standard – RM79,200
  • 1.5T Executive – RM84,800
  • 1.5T Premium – RM93,200
  • 1.5 TGDi Flagship – RM103,300

Memahami situasi kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19, Geely Holding Group bersama rakan strategik tempatan DRB-Hicom telah menyumbang peralatan perubatan kepada kerajaan.

Peralatan tersebut adalah dalambentuk topeng muka tiga lapisan, pakaian pelindung (PPE) dan mesin ventilator AD 700 PL.

Semua peralatan terbabit akan diedarkan ke 55 hospital seluruh negara.

Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Geely menyumbang peralatan perubatan melalui Yayasan Kebajikan Li Shufu yang sebelum ini membekalkan peralatan ke kawasan terjejas di China.

“Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial, kami mempunyai peranan untuk menyokong kebajikan setiap syarikat yang beroperasi di bawah kami.

“Saya sangat berbesar hati kerana kami mempunyai sumber dan keupayaan logistik untuk menghantar bekalan yang diperlukan ke kawasan yang dilanda wabak ini. Kami akan membantu masyarakat dan pihak berkuasa terutama dari segi perubatan untuk mengatasi penularan wabak ini seboleh
mungkin,” jelas Pengerusi Geely, Li Shufu.

Sebelum ini, PROTON turut meminjamkan 50 unit Proton X70 dan menghasilkan lebih 60,000 unit pelindung muka kepada petugas barisan hadapan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Geely telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Aston Martin bagi menyuntik bantuan kewangan terhadap pengeluar kereta premium mewah itu.

Tindakan itu dilihat sebagai langkah pertama bagi Geely – yang turut memiliki Lotus dan Volvo – memiliki pegangan dalam syarikat berpangkalan di United Kingdom tersebut.

Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa suntikan kewangan terbabit menjurus kepada perkongsian teknologi dan bukannya pelaburan secara menyeluruh.

Sementara itu, Daimler – Geely memiliki 10 peratus saham – turut menyalurkan teknologi dan enjin kepada Aston sebelum ini.

Aston Martin memerlukan suntikan kewangan susulan mengalami kejatuhan nilai saham sehingga 70 peratus sejak membuat keputusan untuk menjadi syarikat awam pada 2018.

Pada masa sama, Geely bukan satu-satunya pelabur yang berminat malah, jutawan Formula 1, Lawrence Stroll, turut berminat untuk melabur lebih GBP200 juta bagi memiliki 19.9 peratus saham Aston Martin.

(SUMBER: Financial Times)

Pengeluar kereta China, Geely dan anak syarikat, Volvo akan menyatukan operasi penghasilan enjin bagi mewujudkan kesatuan yang lebih baik terhadap semua anak syarikat yang berada di bawah Zhejiang Geely Holding Group.

Menurut laporan China Daily, operasi baharu tersebut akan menyaksikan penghasilan enjin yang lebih efisien bagi semua jenama kereta yang berada di bawah naungan Geely.

Dalam kenyataan dikeluarkan pihak Geely, persefahaman itu akan meningkatkan lagi sinergi di antara Geely dan Volvo terutamanya bagi aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, perolehan dan operasi.

Keputusan tersebut dilihat sebagai langkah positif tatkala pengeluar kereta lain turut mengambil langkah sama – Volkswagen berkongsi pembangunan enjin dengan pengeluar lain di bawah jenama itu.

Ketika ini, Volvo menghasilkan lebih 600,000 kenderaan setiap tahun sementara Geely – 1.5 juta.

Difahamkan, Geely memiliki lebih 8,000 pekerja ketika ini namun angka itu tidak akan dikurangkan meskipun penyatuan operasai Geely-Volvo berlaku.

Geely merupakan pengeluar kereta China pertama yang membangunkan enjin hibrid 48-volt dan percaya negara itu akan menjadi pasaran utama bagi teknologi tersebut.

Geely bakal memperkenalkan model baharu dengan teknologi enjin hibrid tercanggih menjelang tahun 2022.

(SUMBER: Asia Times)

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube