- Ducati baru sahaja memperkenalkan motosikal Ducati Monster 821 2018 yang terbaru daripada pengeluar itu sebagai satu pratonton buat semua penggemar Ducati.
- Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-25 model berkenaan, motosikal 821 yang baru ini diinspirasikan oleh motosikal Monster 900 yang pertama sekali serta oleh motosikal yang amat berkuasa, Monster 1200.
- Motosikal Monster 821 2018 yang baru ini bercirikan paparan TFT dan ‘Ducati Safety Pack’ yang mengandungi ABS Bosch, ‘Ducati Traction Control’, dan Mod Penunggangan yang boleh dipilih.