- Juara bertahan, Sam Sunderland telah terkeluar dari saingan Rali Dakar 2018 selepas terbabas di peringkat keempat perlumbaan berkenaan.
- Penunggang berusia 28 tahun itu telah mendahului dua peringkat yang pertama namun satu kemalangan pada peringkat keempat yang telah mengakibatkan kecederaan belakang yang memaksanya untuk menarik diri dari perlumbaan.
- Sam Sunderland merupakan juara Rali Dakar dari British yang pertama setelah dia memenangi perlumbaan tahun lalu di atas jenteranya, KTM 450 Rally.