Pengeluar motosikal China dulunya kurang popular, dan lebih tertumpu kepada harga yang mampu milik. Tapi sekarang, situasi dah berubah, begitu juga dengan produk mereka. Jentera seperti Zontes, Moto Morini, Benelli, dan sekarang CFMoto telah melompat jauh dalam kualiti produk mereka. Tapi yang buat produk mereka menarik adalah teknologi yang ada di dalam. Ya, dulu mereka bergantung pada rakan jenama besar untuk inovasi dan teknologi, tapi sekarang tidak lagi.
Dulu, CFMoto cuma buat enjin untuk KTM, tapi sekarang mereka keluarkan enjin sendiri – enjin tiga silinder yang direka dan dibuat sendiri. Dominasi Triumph dan Yamaha dalam menghasilkan enjin tiga silinder yang paling mantap di dunia mungkin tercabar sekarang. Tapi apa benda enjin ni? Kat mana kita boleh tengoknya? Yang paling penting, bila kita boleh tengok enjin ni dalam motosikal?